Konflik rumah tangga boleh tercetus akibat tekanan kewangan yang berpanjangan, terutama apabila beban dan tanggungjawab hanya dipikul oleh sebelah pihak. -Gambar hiasan AI
DALAM sesebuah rumah tangga, suami bertanggungjawab mencari rezeki dan menyediakan nafkah buat keluarga.Walaupun isteri turut bekerja dan membantu dari sudut kewangan, tanggungjawab utama suami sebagai ketua keluarga tidak seharusnya dipandang ringan. Di Threads, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa terpaksa memikul sebahagian besar beban kewangan keluarga kerana suaminya culas mencari rezeki sehingga sanggup menipu. "Kalau suami malas kerja nak buat apa eh? Dia selalu keluar dengan alasan pergi kerja sebagai rider tapi sebenarnya tidak. Isteri akan berasa terbeban apabila terpaksa menguruskan rumah tangga dan perbelanjaan sendirian. -Gambar hiasan AI"Dia akan melepak di mana-mana, buang masa dan kemudian balik rumah," tulisnya dalam satu hantaran. Wanita itu mendakwa dia mengetahui perkara sebenar selepas memeriksa telefon dan lokasi suaminya, yang menunjukkan lelaki itu sebenarnya tidak bekerja seperti didakwa."Macam mana aku tahu? Sebab aku check telefon dia dan location dia. Bila aku tanya, dia kata dia malas."Barang rumah semua aku handle, grocery aku beli. Kau pula tipu aku macam tu je. Sakitnya hati! Bila aku persoalkan, dia asyik cakap stres dan serabut," luahnya.ARTIKEL BERKAITAN: Suami hanya pandai ‘buat’ anak, tapi culas nafkah... Pasang niat nak kahwin wanita cantik jika dah kaya!ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami tak bagi kerjasama, culas nafkah... Wanita ini beri 10 nasihat 'rare' untuk ibu tunggal sentiasa kuat, 'jalan terus'Menurut wanita itu lagi, keadaan tersebut membuatkan dirinya semakin burn out apabila terpaksa memikul hampir semua tanggungjawab rumah tangga seorang diri.Katanya, selain keluar bekerja setiap hari, dia juga perlu menguruskan barangan dapur, menyediakan makanan dan memastikan segala keperluan rumah mencukupi kerana tidak boleh mengharapkan bantuan suami.Apa lebih membimbangkan, mereka juga baru berpindah ke rumah baharu dan wanita itu mengakui mula risau memikirkan komitmen bulanan yang perlu ditanggung."Bila balik rumah aku tengok dia ada. Bila aku tanya, tak kerja ke, dia kata baru balik dari hantar order. Kau ingat aku bodoh ke? Aku dah risau ni, dah lah baru pindah... macam manalah nak bayar sewa, bil apa semua," luahnya lagi.Seorang wanita mendakwa suaminya culas bekerja dan menipu dengan alasan keluar menjadi rider Foodpanda.Dia mengetahui perkara itu selepas memeriksa telefon serta lokasi suaminya.Suami hanya keluar melepak dan kemudian pulang ke rumah seolah-olah keluar bekerja.Wanita berkenaan berkata dia kini menanggung sebahagian besar perbelanjaan rumah termasuk membeli barang dapur dan Keadaan itu menyebabkan dia berasa semakin burn out, selain bimbang memikirkan komitmen kewangan selepas mereka baru berpindah rumah.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib wanita tersebut.Rata-rata netizen berpendapat suami sepatutnya bersikap jujur sekiranya berdepan tekanan, bukannya memilih untuk menipu pasangan.Dalam pada itu, ada juga menasihati wanita berkenaan supaya berbincang secara terbuka dengan suaminya bagi mencari punca sebenar masalah yang membelenggu lelaki tersebut.Sekiranya tidak berjaya, dia turut disaran mendapatkan bantuan profesional atau merujuk ke pejabat agama untuk mengelakkan situasi bertukar lebih parah.