Bakal pengantin biasanya tidak terlepas daripada pelbagai konflik berlaku sebelum majlis. -Gambar hiasan AI
MAJLIS perkahwinan merupakan detik paling bermakna buat pasangan bergelar raja sehari, dengan segala perhatian pada hari istimewa itu semestinya tertumpu kepada pasangan pengantin. Namun, seorang wanita meluahkan rasa serba salah selepas menerima permintaan daripada saudara yang mahu menumpangkan anak mereka untuk turut bersanding di majlis resepsinya. Menerusi satu perkongsian di media sosial, wanita itu berkata dia berkeras menolak permintaan tersebut kerana berpendapat majlis berkenaan diadakan dengan hasil titik peluhnya sendiri."Kalau majlis resepsi anda tiba-tiba ada orang nak tumpangkan anak dia bersanding juga, anda semua bagi tak?Majlis perkahwinan sepatutnya diraikan bersama insan tersayang. -Gambar hiasan"Padahal anak dia dah kahwin tahun lepas bulan Disember. Saya berkeras cakap tak bagi sebab itu majlis saya."Duit saya yang keluar untuk tempah pelamin dan majlis tu," luahnya. Wanita itu bagaimanapun lega apabila bapanya juga berpandangan sama sekali gus membuatkan dia berasa lega."Abah saya tak benarkan tumpang. Lega hati saya. Dah tak serabut. Untuk makluman, saudara yang nak tumpang ini tak ada hulur duit pun.ARTIKEL BERKAITAN: Takut sakit hati di hari bahagia, gadis ’ban’ kawan-kawan jadi ‘bridesmaid’ - “Mereka tak berfungsi, lenggang ambil gambar je”ARTIKEL BERKAITAN: “Orang tu dah jadi laki dia” - ’Bride assistant’ lap peluh pengantin lelaki, terus mengadu dekat bos lepas ditegur keluarga"Cuma nak tumpang macam tu je. Alasan mereka, sebab nak kenalkan dengan orang-orang belah sini. Padahal dia dah kenduri tahun lepas. Pening saya," ceritanya.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menyokong keputusan wanita berkenaan kerana berpendapat setiap pasangan berhak menentukan perjalanan majlis mereka sendiri."Kenapa sesetengah manusia dilahirkan tanpa common sense ya? Ini semua sebab nak ambil kesempatan. "Yang tumpang sambut hari jadi dekat majlis perkahwinan orang pun sama. Tak kisahlah famili ke apa.Wanita tolak permintaan saudara mahu tumpang anak bersanding di majlis resepsinya.Pasangan berkenaan sebenarnya sudah berkahwin pada Disember tahun lalu.Bapa wanita turut tidak membenarkan pelamin digunakan bersama.Netizen berpandangan majlis perkahwinan adalah hak mutlak tuan rumah.Jurugambar berpengalaman beri amaran tindakan itu boleh cetus konflik ketika majlis.Ringkasan ini dijana oleh AI"Cakap je tak boleh. Kena bertegas sikit. Kalau saya, cakap tak boleh, tak nak, tak suka makna tak boleh. Titik," ujar beberapa netizen.Malah, seorang jurugambar majlis perkahwinan turut berkongsi pengalamannya dan menasihatkan agar perkara seperti itu dielakkan kerana berpotensi mencetuskan konflik pada hari berlangsungnya majlis."Jangan sis... nanti mesti ada konflik masa majlis. Percayalah dari seorang jurufoto berpengalaman ni."Photografer pun rasa serba salah nak cover (ambil foto) yang mana satu," tulisnya.