SEORANG guru meluahkan rasa kecewa dengan segelintir pendidik melabel seorang murid sebagai kaki mengadu hanya kerana sering berkongsi masalah dengan ibunya.Menurut guru berkenaan, murid itu mempunyai sedikit kelainan fizikal (OKU) dan sering menjadi mangsa ejekan serta buli daripada rakan-rakan di sekolah. Katanya, setiap kali berlaku perkara mengganggunya, murid tersebut akan memberitahu ibunya termasuk apabila melihat sesuatu tindakan di sekolah yang dirasakan tidak wajar."Contohnya, ada seorang guru yang memberi hukuman yang pada saya agak keterlaluan. Tertinggal senggang satu baris pun boleh dirotan dengan kuat. Menjadikan media sosial tempat curahan hati adalah tindakan tidak wajar buat para guru. -Gambar hiasan AI"Murid-murid lain takut nak bersuara, tapi budak ini berani cerita kepada ibunya," kongsi guru tersebut.Katanya, ibu murid tersebut kemudian mengambil langkah berjumpa guru besar untuk mendapatkan penjelasan tanpa membuat sebarang kekecohan."Selepas guru besar mengambil tindakan, suasana di bilik guru jadi agak tegang. Ada yang tak puas hati sebab guru yang dilaporkan itu ialah rakan mereka sendiri. "Yang saya sedih, murid tadi pula mula dilabel sebagai kaki mengadu. Siap ada guru yang menyindir, hati-hati, nanti dia balik mengadu dekat mak. Tapi bagi saya budak itu tak salah. Dia dibuli. Dia disakiti," kata guru tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Anak dituduh pembuli sampai rakan sekelas trauma ke sekolah, ibu tak percaya terus cari bukti... Lega guru jadi penyelamatARTIKEL BERKAITAN: Status perli ibu murid buat guru tergores hati, pilih ‘block’ WhatsApp tapi tetap layan pelajar dengan baikGuru itu berkata, pada pandangannya murid tersebut tidak bersalah kerana hanya mencari bantuan daripada individu dipercayainya apabila berdepan masalah."Dia bercerita kepada orang paling dia percaya, iaitu ibu dia. Bukankah itu kita selalu ajar pada anak-anak? Kalau ada orang buat jahat, beritahu orang dewasa yang boleh dipercayai."Saya juga hormat ibunya. Dia tidak terus menghukum sesiapa, tidak viralkan isu itu. Dia menggunakan saluran yang betul dengan berjumpa guru besar supaya perkara itu dapat disiasat dan diperbaiki," katanya. Katanya lagi, murid berani bersuara tidak seharusnya dihukum atau dianggap sebagai musuh, sebaliknya teguran perlu dijadikan peluang untuk guru memperbaiki kekurangan.Guru muda kecewa murid OKU dilabel kaki mengadu.Murid itu didakwa sering dibuli dan mencari bantuan ibu.Ibu murid buat aduan melalui saluran betul kepada guru besar.Guru itu percaya murid tidak salah kerana berani bersuara.Netizen kongsi pengalaman murid dipulau selepas membuat aduan.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu menarik perhatian netizen yang mengakui ada sebahagian guru mempunyai sikap berdendam dengan anak murid sendiri."Saya ada mengadu dekat arwah ayah masa darjah satu. Cikgu baling buku tulis ke luar kelas sebab salin tak lengkap."Ayah datang berbincang lepas itu tersebar satu bilik guru, siap ada seorang guru suruh kawan-kawan palau saya sebab mengadu."Pernah teman kawan ke bilik kaunseling, kata cikgu apa yang dicerita di sini akan kekal di sini. Hari sama saya dengar dia sebar cerita dalam bilik guru," komen warga maya.