suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Status perli ibu murid buat guru tergores hati, pilih ‘block’ WhatsApp tapi tetap layan pelajar dengan baik

Guru perlu berlapang dada dalam menangani 'drama' berlaku berkaitan tugas. -Gambar hiasan AI

GURU bukan sahaja berdepan cabaran mendidik di dalam kelas, malah ada kalanya perlu berdepan dengan sikap segelintir ibu bapa yang menggores hati.

Situasi itu dialami seorang guru ini mengakui masih terasa hati selepas membaca status dimuat naik ibu kepada salah seorang muridnya yang dipercayai menyindir usahanya membawa pelajar menyertai pertandingan.

Menurut guru berkenaan, ibu murid itu memuat naik status yang disifatkan seakan-akan memperlekeh cara guru memberi penghargaan kepada pelajar.

Setiap pendidik perlu bersikap profesional ketika bertugas. -Gambar hiasan AI

"Saya ada rasa kecil hati dekat ibu pelajar saya sebab ayat dia dekat status nanti menang takat bawa pergi makan je la budaknya. Bukan bagi duit pun. Makan pun bukan dekat hotel lima bintang," jelasnya.

Katanya, sejak membaca hantaran itu, dia mengambil keputusan untuk block (menyekat) ibu murid tersebut bagi mengelakkan daripada sakit hatinya berterusan.

Walaupun masih menyimpan rasa kecil hati, perkara itu tidak pernah mempengaruhi cara guru ini melayan pelajar terbabit dan tetap menerima perhatian dan layanan seperti biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak kuasa nak layan drama ‘lapar perhatian’, tindakan berani guru ajar murid biadab dipuji - “Bagus cikgu buat macam tu!”

ARTIKEL BERKAITAN: “Ingat telefon aku harta PIBG?” - Kesabaran cikgu di kemuncak, ibu pelajar ‘call’ paksa nak cakap dengan anak waktu tengah mengajar!

"Ibu murid tu tanya apa-apa dalam grup WhatsApp, saya tak respons dan layan. Tapi anak dia saya layan elok je. Sekarang pun anak dia turun naik pergi latihan dengan saya.

"Saya bagi makan kalau anak dia masih lapar. Habis latihan saya beli lagi kudap-kudap. Tapi saya tetap kecil hati dengan mak dia," ujarnya yang tidak mengulas lanjut mengenai butiran latihan bagi pertandingan itu.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata memuji sikap profesional guru berkenaan kerana tidak melepaskan rasa kecewa terhadap murid terbabit.

  • Guru terguris dengan status ibu murid, tetap layan anak seperti biasa.
  • Sikap profesional guru raih pujian netizen.
  • 'Block' ibu murid, layanan terhadap anak tak berubah.
  • Guru kecil hati, namun kebajikan murid tetap diutamakan.
  • Netizen puji guru tak libatkan anak dalam konflik.

Malah ada juga yang menyifatkan tindakan guru itu berdiam diri dan menyekat ibu murid berkenaan sebagai langkah paling matang.

"Mak dia tak penting sebab tak membantu pembangunan negara untuk tempoh 20 hingga 30 tahun lagi pun.

"Kalau saya jadi cikgu, mungkin saya tak mampu nak berlapang dada. Saya tak pilih anak dia, saya bawa murid lain. Cikgu memang orang baik.

"Teruskan block. Bagus sebab awak tak cepat melatah. Diam dan block, itu saja dah tunjuk beza tahap kematangan awak dengan dia," ujar beberapa netizen.

Artikel Lain