suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mentua salahkan menantu rumah bersepah, wanita pertahan kakak ipar dituduh pemalas... Sentuh bab cucu terus ‘naik hantu!’

Ibu mentua sering didakwa mencari salah menantu. -Gambar hiasan AI

HUBUNGAN antara menantu dan mentua sememangnya sering menjadi perhatian, lebih-lebih lagi apabila melibatkan urusan rumah tangga.

Seorang wanita berkongsi perbualan bersama ibunya selepas mereka berbincang mengenai keadaan rumah abang dan kakak iparnya.

Menurut wanita itu, ibunya menyifatkan kakak iparnya sebagai pemalas selepas mendakwa rumah anaknya bersepah ketika datang berkunjung.

“Bini abang kamu itu pemalas betul. Rumah berselerak tadi mak pergi, pinggan mangkuk tak basuh, kain tak sidai, luar rumah tak bersapu, bersepah habis,” kata ibunya.

Wanita itu kemudian cuba mempertahankan kakak iparnya dengan menjelaskan bahawa wanita berkenaan bekerja dan biasanya akan mengemas rumah pada hujung minggu.

Pasangan bekerjaya biasanya balik dalam kepenatan. -Gambar hiasan AI

Pasangan bekerjaya biasanya balik dalam kepenatan. -Gambar hiasan AI

Namun, ibunya tetap menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap keadaan rumah tersebut sebelum wanita itu cuba berseloroh.

“Ya lah mak, cucu mak empat orang dalam rumah itu. Nasib pagar selalu kunci, kalau tak mak datang rumah abang, mak tak dapat beza mana beruk mana cucu mak," katanya.

Bagaimanapun, gurauan itu menyebabkan dia dimarahi ibunya kerana menyamakan cucu sendiri dengan beruk.

“Mak aku maki aku sebab samakan cucu dia dengan beruk,” katanya.

Menurut wanita itu, dia sebenarnya tidak berniat untuk mengeluarkan kata-kata sedemikian, namun sudah penat mendengar perkara sama berulang kali.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu mentua tunjuk perangai keji! Suruh anak lelaki ‘cuci mata’ tengok perempuan cantik, tak hormat perasaan menantu

ARTIKEL BERKAITAN: Tulis kapsyen rindu suami pun tak boleh! Wanita rimas ibu mentua kawal ‘posting’ media sosial, gambar makanan turut dilarang

Malah, dia mengakui tidak sampai hati untuk memburukkan kakak iparnya kerana wanita itu pernah menjaganya dengan baik ketika berpantang.

“Waktu saya pantang, dia sangat baik. Anak aku dia jaga dan suruh saya tidur. Sarapan aku dia siapkan, kain baju aku dia basuh,” katanya.

Dalam pada itu, wanita berkenaan turut menjelaskan abang dan kakak iparnya sebenarnya sama-sama mengemas rumah ketika cuti atau hujung minggu.

Dia turut mempersoalkan mengapa hanya kakak iparnya sering dipersalahkan sedangkan abangnya juga bekerja dan turut terlibat dalam urusan rumah tangga.

Menurutnya, pemikiran sesetengah ibu yang membesar pada era 1960-an mungkin masih berpegang kepada tanggapan lelaki bertanggungjawab mencari nafkah, manakala isteri perlu menguruskan rumah dan anak-anak.

  • Wanita pertahan kakak ipar yang dikritik ibunya.
  • Gurauan pasal ‘beruk dan cucu’ buat wanita kena maki.
  • Kakak ipar pernah jaga wanita ketika berpantang.
  • Abang dan kakak ipar sama-sama bekerja dan mengemas rumah.
  • Netizen puji wanita kerana tidak menjadi batu api.

“Jangan risau, abang saya tak pernah dengar pun apa mak saya cakap sebab dia memang akan backup isteri dia 100 peratus,” katanya.

Tambahnya, abangnya turut memahami keadaan rumah mereka yang kadangkala bersepah kerana kedua-duanya bekerja dan pulang dalam keadaan penat.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang memuji wanita itu kerana mempertahankan kakak iparnya.

"Seronoklaaa baca ipar backup ni. Terima kasih sebab jadi adik ipar yang baik, tak batu api.

"Bestnya dapat adik ipar macam awak, sayang betul dekat kakak ipar," komen warga maya.

Artikel Lain