MENJADI kebiasaan sesetengah perniagaan menutup premis mereka untuk sementara bagi membolehkan staf menunaikan solat.Bagaimanapun seorang wanita yang bekerja di sebuah butik terkilan dengan sikap sesetengah pelanggan yang tetap masuk walaupun notis sudah digantung di hadapan pintu. Disebabkan itu, wanita itu terpaksa menangguhkan solat bagi melayani pelanggan selepas terdengar loceng pintu berbunyi walapun sudah lengkap memakai telekung.Utamakan waktu solat walaupun dalam kesibukan bekerja. -Gambar hiasan AI"Aku teringat belum solat lagi, jadi aku lekat notis dekat pintu. Aku letak tanda 'close' yang gantung tu."Aku dah cuci solekan, ambil wuduk dan pakai telekung. Masa nak mula sembahyang, tiba-tiba dengar bunyi loceng. Ada dua pelanggan masuk. Dalam kepala aku mereka tak nampak ke notis aku?"Aku pun pergi dekat pelanggan tu. Dia tanya aku boleh masuk? Aku cakap nak solat. Entah dia dengar atau tidak, terus buka kasut nak masuk," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Baik betul tauke laki bini... Buat surau dalam kedai mudahkan pengunjung mall solat! Ada cucu angkat Melayu semua fasih cakap CinaARTIKEL BERKAITAN: Peniaga tinggi tahap tawakal... Pergi solat tak tutup kedai, letak notis ajar pelanggan urus sendiri jual beliMenurut wanita itu, dia akhirnya melayan pelanggan berkenaan dalam keadaan masih memakai telekung walaupun pada asalnya mahu menunaikan solat terlebih dahulu."Aku pun terpaksa la mengalah ye tak apa la masuk la. Aku layan mereka sambil pakai telekung. Hello do you have some common sense? Aku nak solat tau."Kau bayangkan kalau aku letak notis pergi toilet. Nak membuang, tiba-tiba dengar loceng ada pelanggan nak masuk. Tak terbantut ke tahi aku nak keluar. Pelanggan tak endah notis, pekerja butik terpaksa tangguh solat demi layan pelanggan.Niat nak solat terbantut, wanita terpaksa layan pelanggan dalam telekung.Notis tutup sementara dipandang sepi, pekerja butik serba salah dah nak solat.Wanita kecewa pelanggan terus masuk butik walaupun premis ditutup seketika.Hasrat nak tunaikan solat tertangguh, pelanggan tetap masuk walaupun kedai tutup.Ringkasan ini dijana oleh AI"Jadi untuk pelanggan di luar sana, kalau kedai dah letak notis apa bagai, tolong la jangan masuk sesuka hati ya," jelas wanita itu.Hantaran dibuat mendapat pelbagai reaksi netizen yang memahami dan turut bersimpati dengan situasi diceritakan individu berkenaan.Menjawab salah satu komen netizen, wanita itu menjelaskan dia sendiri tidak pasti sama ada pintu butik tersebut boleh dikunci dari bahagian dalam bagi mengelakkan pelanggan terus masuk ketika premis ditutup sementara.