SETIAP kali bercerita tentang zaman sekolah, pasti ramai mempunyai kenangan tersendiri yang kekal segar di ingatan walaupun sudah bertahun berlalu.Menurut seorang wanita, hatinya juga sering tercuit setiap kali mengenangkan seorang rakannya yang gemar berpura-pura pengsan di sekolah. "Ada seorang kawan aku suka buat-buat pengsan sampai tahap cikgu pun dah penat nak melayan drama dia. Setiap kali pengsan, murid perempuan lain kena angkat dia.Banyak kenangan zaman sekolah tetap segar di ingatan walaupun masing-masing sudah bekerja dan berkeluarga. -Gambar hiasan AI"Kami angkat dia pergi bilik rehat. Dah la dia berat sebab badan berisi. Ketiak pula berbau. Aku pula selalu kena pegang dia di bahagian ketiak," imbasnya.Menurut wanita itu lagi, dia dan rakan-rakannya akhirnya tampil dengan satu helah bagi memberi pengajaran kepada murid berkenaan."Banyak kali juga drama dia. Lama-lama kami perasan, drama pengsan itu akan bermula setiap kali dia tak siap kerja atau kena marah dengan cikgu.Seorang wanita tular selepas kongsi kenangan zaman sekolahnya.Imbasnya, seorang murid perempuan suka berpura-pura pengsan.Murid itu akan memulakan 'drama' setiap kai dimarahi atau tak siap kerja sekolah.Kawan-kawan lain mengadu kena angkat murid itu yang gempal dan berbau. Ringkasan ini dijana oleh AI"Rasa baran masa kena angkat dia. Satu hari tu, kawan yang lain bagi idea untuk selak kain dia sikit. Nak tengok dia betulkan ke tidak."Sekali, dia betulkan kain walaupun sedang pengsan, terus cikgu sound dia," imbas wanita itu lagi.Perkongsian kisah lucu itu di Threads menerima lebih 8,600 tanda suka (likes) dan dihujani hampir 300 komen netizen.ARTIKEL BERKAITAN: Tak kuasa nak layan drama ‘lapar perhatian’, tindakan berani guru ajar murid biadab dipuji - “Bagus cikgu buat macam tu!”ARTIKEL BERKAITAN: “Ingat telefon aku harta PIBG?” - Kesabaran cikgu di kemuncak, ibu pelajar ‘call’ paksa nak cakap dengan anak waktu tengah mengajar!Menurut pelayar Threads yang lain, mereka juga pernah berdepan pengalaman hampir sama sewaktu zaman sekolah."Cerita awak membuatkan saya teringat kepada seorang murid perempuan masa sekolah rendah dulu. Dia pun suka buat-buat pengsan."Saya pun ada kawan gila macam ni. Suka pura-pura sakit jantung dan berlakon pengsan," tulis netizen.