KEHIDUPAN selepas berumah tangga tidak selalunya indah seperti dirancang, apatah lagi apabila diuji dengan perubahan mendadak dari segi kewangan.Itu dilalui seorang wanita apabila terpaksa berpindah dari apartmen sewa RM1,300 di ibu kota ke rumah lebih murah berharga RM600 di Ampang, Selangor. Keputusan itu dibuat selepas pendapatan wanita ini dan suaminya tidak lagi mampu menampung kos bulanan ketika tempoh pandemik.Keadaan rumah yang kotor dan tidak selesa boleh memberi tekanan pada emosi. -Gambar hiasan AIWalaupun pada mulanya berasa bersyukur dengan sewaan rendah itu, wanita berkenaan mengakui kehidupan di rumah baharu tidak seindah disangka."Mula rasa bersyukur sangat dan rasa macam membazirnya aku duduk rumah harga dua kali ganda daripada kediaman sekarang. Dua tahun pertama best lah. Gila-gila punya downgrade."WiFi, Netflix, bil telefon pun semua buang. Kereta tak ada bulanan sebab kami beli secara cash. Kereta lama je, Proton Saga BLM. Tapi lepas tu dah mula serabut," cerita wanita itu.Namun cabaran sebenar bermula apabila berdepan dengan persekitaran yang kurang selesa, termasuk masalah haiwan liar.ARTIKEL BERKAITAN: Usah malu ‘downgrade’ gaya hidup, susun semula perbelanjaan 2025... Potong langganan tak perlu!ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup tebal muka, tak peduli kawan pandang serong... Ibu tunggal kongsi derita ‘downgrade’ gaya hidup sebelum bangkit semula!Menurutnya, terdapat individu yang memberi makan kucing dan burung merpati secara berlebihan sehingga menyebabkan kawasan rumah menjadi kotor dan berbau."Dengan kucingnya orang duduk bagi makan merata. Bukan bela pun. Berak kencing lagi kena tahan hidung. Lepas tu suka tabur beras atas bumbung bagi merpati makan."Aku tak boleh jemur baju dekat luar sebab burung datang hinggap. Kadang ada burung berak. Tak best dan semak," jelas wanita itu lagi.Dari sewa RM1,300 ke RM600, wanita akui banyak belajar erti syukur selepas diuji kesempitan hidup.Berpindah ke rumah lebih murah demi berjimat, namun ketenangan yang diharapkan bertukar cabaran.Demi teruskan hidup ketika PKP, pasangan suami isteri sanggup 'downgrade' gaya hidup dan kediaman.Sanggup bayar sewa lebih mahal demi ketenangan, wanita serik tinggal di kawasan yang kurang selesa.Pengalaman tinggal di rumah sewa murah membuka mata wanita tentang nilai keselesaan dan rasa syukur.Ringkasan ini dijana oleh AIMengenangkan nasib kehidupan, mereka nekad untuk berusaha keluar dari situasi berkenaan demi mendapatkan kehidupan lebih tenang walaupun terpaksa membayar sewa lebih tinggi.Wanita tersebut turut mengakui pengalaman itu membuka matanya tentang pentingnya bersyukur dan tidak mengambil mudah kesenangan pernah dimiliki sebelum ini."Sejak dari itu, aku dan suami berdoa bersungguh-sungguh nak keluar dari kawasan perumahan sini. Aku sanggup bayar mahal jika itulah harga ketenangan."Aku anggap kehidupan aku sekarang ini adalah fasa untuk mengajar aku bersyukur sebab sebelum ini aku banyak ambil ringan sahaja nikmat ni. Aku tak sedar pun apa aku ada," ujarnya menutupi kisah.