BAGI kebanyakan wanita yang bergelar isteri, mereka pastinya sanggup berkorban apa sahaja demi memenuhi keinginan dan membahagiakan suami tercinta.Di media sosial, tular kisah dikongsikan seorang lelaki mengenai isterinya yang berimej warak juga sanggup mengubah pemakaian demi memenuhi 'seleranya' suka melihat wanita seksi. "Aku ni jenis tertarik dengan perempuan yang pakai baju sukan dan legging ketat. Malangnya isteri aku bukan macam tu. Ramai kaum Hawa kini mula menyertai aktiviti kecergasan demi kesihatan badan mereka. -Gambar hiasan AI"Jadi nafsu aku tak puas. Isteri aku bukan jenis main gim atau berlari, apatah lagi nak pakai legging. Dia jenis ustazah. "Tapi aku minta dia pakai pakaian sukan di rumah. Dia ikut je permintaan aku dan pakai pakaian sukan yang seksi," ujarnya.Menurut lelaki itu, permintaan tersebut bukanlah untuk tujuan seks semata-mata, sebaliknya bagus untuk kesihatan mereka berdua.Seorang lelaki kongsi cerita tentang isterinya yang berimej ustazah.Dia berjaya 'hasut' isterinya untuk berpakaian seksi ketika di rumah.Dia juga membeli peralatan gim untuk mereka bersenam di rumah.Perubahan itu menyebabkan hubungan mereka lebih bahagia.Ringkasan ini dijana oleh AITambah lelaki itu, dia juga bersyukur apabila isterinya menuruti permintaannya, sekali gus membuatkan kehidupan mereka kini lebih bahagia."Aku juga galakkan dia aktif sukan. Aku beli peralatan gim untuk kami berlatih di rumah. Aku syukur sangat. Lepas training di rumah kami terus bersama. "Kini aku rasa nafsu makin puas, aku dah tak pandang gadis lain yang pakai legging dan sport bra. Aku dah puas dengan bini sendiri. "Disebabkan gim dekat rumah, isteri aku juga dah kurang sakit lutut. Dia kata makin seronok nak solat dan buat kerja rumah," ujarnya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Rakam aksi intim, simpan dalam Telegram... Suami menggigil akaun kena godam - “Video nampak muka isteri aku”ARTIKEL BERKAITAN: Suami suka ‘berjuang’ sendirian, makin bergelora tengok isteri tidur terkulai - “Tapi dia suka rakam!"Rata-rata pelayar X memuji tindakan lelaki itu yang sanggup melaburkan wang untuk isterinya demi memperbaiki hubungan dalam rumah tangga."Bagus encik ni. Ada masalah, dia cari jalan penyelesaian. Dia tak pergi tambah masalah."Baguslah sebab mampu berkomunikasi sebaiknya dengan pasangan. Akhirnya, dua-dua gembira."Baguslah begini. Nak isteri macam tu, suami kenalah laburkan wang untuknya," tulis netizen.