KESUSAHAN sering memaksa seseorang itu melakukan apa sahaja demi memastikan dapat meneruskan kehidupan.Di sebalik kesukaran itu, setiap pengalaman dilalui akhirnya menjadi kenangan berharga yang tidak mungkin akan dilupakan. Menurut seorang wanita, dia juga pernah melalui zaman kanak-kanak yang cukup daif sehingga terpaksa 'menjamah' sisa makanan kenduri.Kesmiskinan mengajar seseorang untuk lebih menghargai rezeki. -Gambar hiasan AI"Mak aku cuci pinggan dekat kenduri. Mak ambil semua sisa ayam daripada pinggan tetamu yang tak habis makan. "Mak kata dekat tuan rumah dia nak bagi kucing makan sisa tu. Tapi sampai rumah, mak ayah aku cuci sisa tu dengan bersih sebelum dimasak semula."Masa tu kami adik-beradik seronok juga dapat rasa makan ayam. Al-Fatihah untuk arwah abah dan mak," kongsi wanita itu.Wanita tular selepas kongsi kisah zaman kanak-kanaknya yang susah.Ibunya pernah ambil sisa makanan kenduri untuk diberi kepada anak-anak.Ibunya minta izin tuan rumah, namun terpaksa menipu ia untuk diberi kepada kucing.Dia mendedahkan ibu bapanya sudah meninggal dunia dan semua itu kini tinggal kenangan.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian kisah ringkas yang sarat emosi itu meraih perhatian ramai sehingga ia tular di aplikasi Threads.Malah, ramai netizen meluahkan rasa sebak memandangkan mereka juga pernah melalui pengalaman membesar dalam keadaan daif."Sedihnya saya baca. Besarnya kasih sayang mak dan ayah untuk anak-anaknya. Saya doakan mak ayah kamu bahagia di syurga.ARTIKEL BERKAITAN: Sedihnya mak ‘miskin’ adab, selamba kentut waktu makan… Busuk sampai kakak ipar ‘angkat kaki’ basuh tangan!ARTIKEL BERKAITAN: “Saya pura-pura miskin, jadi tak berguna” – Wanita nekad berhenti kerja, sanggup hilang jawatan demi lepas cengkaman suami narsistik!"Rasanya dah pernah hidup susah. Tapi rupanya ada yang lagi susah. Semoga kamu dimurahkan rezeki dan dapat ubah nasib keluarga."Bila hidup macam tu, kita jadi lebih sayang mak ayah dan adik-beradik. Detik itu semua yang jadi kenangan."Saya bangga dengan ibu bapa kamu sebab sehabis baik mereka cuba nak bagi yang terbaik untuk anak-anak," tulis netizen.