HASRAT murni untuk bermanja dengan cucu tersayang tidak seharusnya mengatasi soal keselamatan, lebih-lebih lagi apabila membabitkan soal makanan.Namun apakan daya, seorang wanita terpaksa bertindak tegas menegur bapa mentuanya yang didakwa selamba menyuapkan isi durian kepada anaknya ketika bayi itu baru berusia lima bulan. Menurut wanita itu, dia tidak teragak-agak untuk bersuara demi mempertahankan keselamatan anaknya memandangkan sistem penghadaman bayi seusia itu masih terlalu rapuh untuk makanan berat."Aku pernah tegur bapa mentua sebab bagi isi durian dekat anak aku yang masih berusia lima bulan masa tu.Setiap datuk dan nenek mempunyai cara tersendiri menyayangi cucu mereka. -Gambar hiasan AI"Bekas kakak ipar aku pula buat muka je dekat tepi sebab aku tegur bapa dia," cerita wanita itu menerusi aplikasi X.Tambah wanita itu lagi, dia berasa sangat terkilan kerana bapa mentuanya tetap berkeras mahu menyuapkan raja buah tersebut walaupun tahu bayi sekecil itu hanya boleh bergantung sepenuhnya kepada susu.Malah, dia juga berasa hairan melihat gelagat bapa mentuanya yang kelihatan lebih bersungguh-sungguh mahu menyuap bayinya berbanding melayan anak-anak sendiri."Suka hati nak bagi anak aku makan benda bukan-bukan pada waktu tak patut diberi makan pun lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Pukul 5 pagi masuk kebun durian, kerja sampai tengah malam... Anak tauke raja buah ini tak lupa jasa bapa, kenang kisah ‘cup cake’ 6 bijiARTIKEL BERKAITAN: Datuk bangga cucu kesayangan masuk IPT, tulis tarikh register di meja... Sempat bagi duit belanja lebih sebelum meninggal"Anak dia yang besar gedabak ni tak nak pula dia suap. Kalut nak suap anak aku yang kecil ni," cerita wanita itu lagi meluahkan rasa geram.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya berdiri teguh menyokong ketegasan si ibu dalam menjaga pemakanan anak.Menurut mereka, ahli keluarga tidak sepatutnya sesuka hati memberikan makanan kepada bayi tanpa mendapatkan keizinan ibu bapa terlebih dahulu.Wanita tegur bapa mentua suap isi durian kepada bayi lima bulan.Bayi masih kecil, ibu bertegas larang diberi makanan pejal.Bapa mentua didakwa bersungguh mahu menyuapkan isi durian kepada cucu.Netizen sokong tindakan si ibu demi keselamatan anak.Ramai ingatkan ahli keluarga hormati keputusan ibu bapa.Ringkasan ini dijana oleh AI"Saya setuju dengan bab ketegasan ni. Geng-geng bodoh main sumbat saja makanan pada bayi ni wajib dicegah dan dibahasakan."Kalau anak sakit, bukan mereka jaga pun. Anak demam sampai otak rosak, mereka simpati je. Bukan mereka nak jaga pun."Teringat dulu ada kes bayi ni dimasukkan dalam wad fasal famili mentua bagi makan bukan-bukan. Dia marah semua ahli keluarga lepas tu suami dia marah dia semula."Lepas tu si isteri ni berjaga malam dekat wad seorang diri sebab anak tak putus susu lagi. Kesian dia," kongsi beberapa netizen.