suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sekadar berbasi-basi nak beli lagi kepak ayam, suami perli isteri depan peniaga - “Banyak duit kau!”

Suami sepatutnya melindungi dan tidak menjaja aib isteri. -Gambar hiasan AI

ISU pendapatan sering menjadi perkara sensitif terutama melibatkan suri rumah yang tidak sumber kewangan sendiri dan bergantung harap kepada suami sepenuhnya.

Perkongsian seorang wanita menyentuh hati ramai yang menceritakan gelagat sepasang suami isteri ketika membeli kepak ayam di sebuah gerai.

Menurutnya, si isteri cuba 'berbasi-basi' dengan peniaga ketika membeli hidangan tersebut memberitahu akan kembali membeli lagi kepak ayam dijualnya jika makanan tersebut kena dengan seleranya.

Isu melibatkan wang adalah hal sensitif bagi sesetengah golongan isteri yang tidak bekerja. -Gambar hiasan AI

Namun jawapan suami wanita tersebut membuatkan suasana menjadi tegang yang turut menjatuhkan air muka si isteri.

"Si suami ini cakap banyak duit kau! Faham tak? Itu titik terendah seorang isteri yang tidak ada duit sebab tiada pekerjaan dan pendapatan sendiri," ceritanya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengkritik tindakan suami berkenaan kerana dianggap memalukan isterinya di hadapan orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia macam susah nak serah tubuh” - Suami kecewa, bosan isteri asyik tunjuk sikap ‘malas’ di bilik tidur

ARTIKEL BERKAITAN: Suami tengking depan orang ramai, wanita tertunduk malu letak balik roti dalam tangan... Lelaki ini pesan maruah isteri bukan sekadar aurat

Malah ada juga berpendapat seorang suami sepatutnya menegur isteri secara baik di rumah jika merasakan ada tindakan atau tutur kata tidak disukai dan bukannya di tempat awam.

"Suami miskin tak ada adab. Sengaja nak malukan isteri depan peniaga tu. Lelaki macam ni elok jangan membiak.

  • Sindiran suami depan peniaga buat ramai simpati dengan isteri.
  • Kata-kata suami kepada isteri undang kecaman netizen.
  • Isteri didakwa dimalukan suami gara-gara kepak ayam.
  • Isu suri rumah tiada pendapatan cetus perdebatan.
  • Netizen anggap suami sengaja memalukan isteri di tempat awam.

"Boleh je kan tegur isteri dekat rumah. Kenapa suami suka malukan isteri depan orang ramai? Selalunya suri rumah yang kena.

"Patut laki tu yang malu. Setakat kepak ayam RM3 pun tak mampu nak beli lagi esok. Kan nampak loser tu?

"Itu aib kau sebab perempuan memang tak perlu bagi nafkah pada sesiapa tapi suami wajib," antara komen netizen.

Artikel Lain