suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak berduit tapi nak bercuti di Langkawi! Isteri terpaksa ‘cagar’ MyKad demi pinjaman RM600 - “Laki saya paksa-paksa”

Segelintir individu sanggup berhutang semata-mata untuk menjalani gaya hidup mewah. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meraih perhatian ramai selepas berkongsi tangkap layar mesej yang diterimanya daripada individu tidak dikenali.

Dalam kiriman mesej itu, individu tersebut tanpa segan silu meminta wang sebanyak RM600 untuk dia dan suaminya bercuti di Kedah.

"Nak minta tolong sikit. Laki saya ajak pergi holiday ke Langkawi minggu depan. Saya tak cukup duit. Laki saya paksa-paksa pula. 

Tangkap layar mesej yang tular di Threads.

"Saya nak pinjam dekat akak sikit, dalam RM600 je. Cukup bulan saya bayar balik kak. Maaf tau terpaksa pinjam. Tiket suami dah beli. Nanti saya bayar RM700," tulis individu itu.

Pengirim mesej itu turut berjanji untuk memberikan butiran MyKad jika wanita berkenaan sudi meminjamkan wang untuknya.

Dalam perkongsian di Threads, wanita itu berkata dia sudah menyekat nombor telefon pengirim mesej berkenaan kerana rimas dengan permintaannya.

  • Wanita terima mesej minta wang RM600 daripada individu tak dikenali.
  • Individu itu berhasrat pinjam duit untuk ikut suaminya bercuti di Langkawi.
  • Individu itu juga berjanji untuk membuat pembayaran ekstra RM700.
  • Wanita itukemudian menyekat nombor telefon individu berkenaan.

"Saya dah banyak kali dapat mesej begini. Naik rimas dah. Tak kenal pun boleh nak pinjam-pinjam duit? Scammer ni.  Zaman sekarang urat malu memang dah tak ada kot.

"Nak bercuti pun berhutang. Tak ada duit, tak payah bercuti dik. Duduk rumah je macam saya. Saya pergi kerja pun bawa bekal demi nak berjimat," tulis wanita itu di Threads.

Perkongsian tangkap layar itu turut mengundang pelbagai komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu pinjam RM130, lepas 35 tahun bayar RM1,000... Kisah lelaki ini jejak sahabat terpisah demi langsai hutang bukti nilai kejujuran sebenar

ARTIKEL BERKAITAN: Masa beli tak cerita, tiba-tiba suruh bayar... Pemuda stres ibu bapa pandai hutang ‘pay later’ sampai RM900, kakak pun lepas tangan!

"Saya pun terima mesej hampir sama. Pengirim mesej adalah orang tak dikenali juga.

"Setakat bagi nombor MyKad apalah sangat jaminan. Orang masih boleh lari kalau tak nak bayar.

"Kamu nak bercuti, kenapa minta duit dengan orang? Biarlah laki kau yang tanggung," tulis netizen.

Artikel Lain