suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kisah kereta gadis Cina tersadai tengah malam buat ramai tersenyum... Kemunculan makcik bertudung bawa pulang kenangan manis!

Pemandu pastinya cemas jika kereta rosak di kawasan sunyi pada waktu malam. -Gambar hiasan AI

SIKAP prihatin dan nilai kemanusiaan yang utuh sesungguhnya tidak pernah mengenal warna kulit, pegangan agama mahupun latar belakang sesebuah masyarakat.

Di media sosial, seorang gadis berbangsa Cina menjadi tular dan meraih perhatian ramai selepas dia berkongsi pengalaman menyentuh hati dibantu wanita Melayu ketika keretanya tiba-tiba tersadai di tepi jalan.

Menurut gadis berkenaan, wanita yang tidak dikenali itu sanggup meluangkan masa berharga menemaninya dalam tempoh yang agak lama sementara menanti ketibaan trak tunda.

Motosist checking the tyre pressure.

Segelintir kaum Hawa bagaikan hilang arah apabila kereta mereka mengalami kerosakan. -Gambar hiasan

"Aku Cina, kereta rosak tepi jalan malam tu. Aku bersendirian. Tiada siapa berhenti. Tiba-tiba sebuah motosikal berhenti. 

"Dia makcik Melayu yang memakai tudung dan bawa barang dapur. Dia tolak motosikal ke tepi, duduk teman aku tunggu trak tunda selama 45 minit.

"Dia tak pergi ke mana-mana. Aku tanya kenapa dia tunggu, dia kata risau aku sendirian di situ. Padahal dia tak kenal aku pun. Waktu pun dah lewat malam.

  • Seorang gadis Cina tular selepas kongsi pengalamannya tersadai di tepi jalan.
  • Gadis itu bersendirian di tepi jalan selepas keretanya rosak pada waktu malam.
  • Secara tiba-tiba, seorang makcik Melayu yang menaiki motosikal datang menemaninya.
  • Dia menghargai bantuan makcik itu yang sanggup menemaninya sehingga trak tunda tiba.

"Tapi dia tetap duduk je di situ. Ada orang yang buat baik bukan sebab dia kenal kita, tapi sebab dia memang macam tu orangnya," tulis gadis itu penuh emosi.

Hantaran yang sarat dengan mesej keharmonian itu tular di aplikasi Threads sehingga ia meraih 6,500 tanda suka dan turut dihujani hampir 100 komen.

Malah, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu dan sebak membaca perkongsian tersebut yang membuktikan semangat kekeluargaan rakyat Malaysia masih menebal.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan Melayu tanya macam-macam soalan, gadis Cina ni jawab je... tak sampai 2 bulan Amoi kumpul lebih 100,000 pengikut di TikTok

ARTIKEL BERKAITAN:Pemuda terkedu juruwang ‘aunty’ Cina boleh baca isi hati... Tegur tersembunyi sesuatu di sebalik senyuman

"Sebagai rakyat Malaysia, kita memang dididik sejak sekolah untuk berbuat baik kepada sesiapa tanpa mengira kaum Melayu, Cina atau India.

"Di Malaysia memang macam tu. Waktu susah, Insya-Allah ada je yang akan tolong, tak kisah bangsa apa pun.

"Orang yang baik memang tiada kaitan dengan bangsa atau agama. Memang orang tu baik," tulis netizen.

Artikel Lain