CUTI bersalin merupakan hak mutlak setiap pekerja dan sepatutnya dihormati majikan tanpa memberi tekanan emosi kepada ibu yang baru sahaja melahirkan anak.Seorang wanita tampil berkongsi pengalaman pahit yang disifatkannya sebagai antara detik paling sukar dalam hidup apabila menerima tekanan melampau daripada bekas majikannya ketika dia masih lagi terlantar di wad selepas melahirkan anak sulung. Menurutnya, bekas majikan itu tergamak menghubunginya semata-mata untuk meminta gambar swafoto bersama bayi sebagai bukti bahawa dia benar-benar berada di hospital.Majikan perlu ada sikap bertimbang rasa kepada pekerja. -Gambar hiasan AI"Bos menekan-nekan suruh bagi gambar selfie aku dengan baby. Lepas tu suruh aku buka fail doktor dan ambil gambar sebagai pengesahan aku masuk wad."Memang macam ni ke? Tak boleh ke dia nak tunggu aku keluar wad dulu," kongsinya dengan nada kesal dan terkilan.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bersalin awal diberi surat tunjuk sebab… Pengurus tak puas hati gagal siapkan kerja sebelum cuti panjangARTIKEL BERKAITAN: Buat aduan lepas ‘resign’, wanita menang kes cuti bersalin tak ikut akta! Majikan rasa teraniaya diarah bayar pampasanWanita itu menjelaskan, suaminya sudah pun menghantar gambar kad maklumat bayi yang biasanya diletakkan di bahagian atas katil bayi, namun bekas majikannya itu masih tetap tidak berpuas hati."Dekat kad tu memang ada nama ibu dan tarikh bersalin. Tapi dia tetap nak gambar aku. Jadi aku bagi gambar siap pakai baju wad yang warna pink polkadot."Lepas tu dia minta pula gambar selfie aku dengan baby," katanya.Lebih memilukan, jelasnya lagi, walaupun segala bukti gambar yang diminta telah pun diserahkan, kontrak perkhidmatannya yang kebetulan berakhir pada 30 Oktober tetap tidak disambung.Ia hanya sehari selepas dia selamat melahirkan cahaya mata pada 29 Oktober.Wanita dakwa diminta hantar selfie bersama bayi ketika di wad.Bekas majikan mahu bukti kelahiran walaupun sudah diberi maklumat bayi.Kontrak kerja tidak disambung selepas sehari dia bersalin.Netizen kecam tindakan majikan yang didakwa keterlaluan.Ibu persoal sikap bos ketika dia sedang berpantang.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian menyayat hati itu nyata menarik perhatian warga maya yang rata-ratanya terkejut dan berang dengan tindakan tidak bertimbang rasa bekas majikan wanita berkenaan.Mereka menyifatkan bekas majikannya sengaja mencari helah untuk menyingkirkan pekerja."Macam mana orang macam ni boleh jadi bos? Silap-silap staf mati dia minta staf tu sendiri tunjuk surat kematian."Dulu masa nenek suami meninggal dunia, bos kata saya tipu. Mak mentua bagi gambar arwah nenek dikafankan, dia suruh bagi dekat bos," kongsi netizen.