TUGAS guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, malah mereka bertanggungjawab memastikan suasana kelas kekal tenang sepanjang sesi pembelajaran berlangsung.Menurut seorang guru wanita, dia baru sahaja berdepan dengan pelajar yang berkelakuan nakal dan biadab sehingga mengganggu fokus rakan-rakan sekelasnya. "Saya mengajar pelajar Tingkatan 3, kelas akhir. Ada seorang pelajar ni 'lapar' perhatian. Hari ini kelas Bahasa Inggeris sebelum waktu balik.Guru berdepan cabaran besar untuk melayan kerenah pelajar. -Gambar hiasan AI"Kejap-kejap dia tanya dah boleh balik ke? Sekali dua tanya saya boleh tahan lagi. Kalau dah lebih tu, memang minta 'sakit' la," ujarnya memulakan cerita.Selepas berdepan provokasi berulang kali, guru itu berkata dia memberi jawapan sinis sehingga menyebabkan pelajar berkenaan terus diam dan menjaga tingkah lakunya."Tengah mengajar, dia tanya lagi. Terus saya kata dipersilakan kemas beg dan keluar dari kelas. Saya izinkan balik. Awak pun bukan nak belajar.Guru tular selepas kongsi kisah seorang murid yang biadab.Murid itu berulang kali tanya soalan yang menganggu sesi pembelajaran.Guru itu secara sinis memberi kebenaran untuk pelajar itu balik lebih awal.Pelajar itu terdiam dan hanya tertunduk malu selepas dimalukan gurunya.Ringkasan ini dijana oleh AI"Tapi dia tak nak balik pula. Terus dia tunduk je sepanjang kelas berlangsung. Sekali mungkin lawak. Tapi tanya banyak kali, memang buat aku naik darah."Memang sangat kurang ajar. Sibuk sangat nak balik. Kalau dah pandai tak apa la," tulisnya lagi menerusi aplikasi Threads.Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa gembira membaca perkongsian guru berkenaan yang dilihat tidak memberi muka kepada pelajar-pelajar nakal.ARTIKEL BERKAITAN: “Ingat telefon aku harta PIBG?” - Kesabaran cikgu di kemuncak, ibu pelajar ‘call’ paksa nak cakap dengan anak waktu tengah mengajar!ARTIKEL BERKAITAN: Misteri makanan guru hilang akhirnya terungkai, ramai tak sangka pelaku budak darjah 1... Siap jual dekat kawan-kawan"Terima kasih sebab tak memilih untuk tabur bakti walaupun cikgu tahu tu kelas belakang dan ramai murid yang ingin belajar pun."Bagus cikgu buat macam tu. Saya suka. Tapi saya tak boleh jadi cikgu, takut saya masuk lokap."Menyirap saya baca. Kalau saya jadi cikgu, tak tahu la apa nasib budak tu," tulis beberapa netizen.