suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu mentua tunjuk perangai keji! Suruh anak lelaki ‘cuci mata’ tengok perempuan cantik, tak hormat perasaan menantu

Menyuruh anak yang sudah berkahwin melihat perempuan lain adalah tindakan tidak wajar. -Gambar hiasan AI

PERBALAHAN serta perang dingin antara ibu mentua dan menantu perempuan bukanlah satu perkara baharu dalam masyarakat kita, malah ada kalanya wujud persaingan tersirat untuk menjadi yang terbaik di mata si suami dan anak lelaki.

Seorang wanita mengakui semakin sukar mengawal rasa kurang senang terhadap ibu mentuanya sendiri biarpun dia sudah cuba memberikan layanan yang terbaik.

Menurut wanita itu, ibu mentuanya seolah-olah masih belum bersedia untuk 'melepaskan' anak lelakinya yang kini sudah pun sah bergelar suami orang.

Ibu mentua tidak seharusnya terlalu mencampuri urusan keluarga anak. -Gambar hiasan AI

Ibu mentua tidak seharusnya terlalu mencampuri urusan keluarga anak. -Gambar hiasan AI

"Salah ke aku rasa menyampah? Mak mentua aku macam tak nak lepaskan anak lelaki dia, yang suami aku pun macam tu juga.

"Macam balik rumah famili aku, nanti mak mentua aku mula la WhatsApp pancing apa yang suami aku suka. Seminggu dua, tiga kali kena bermalam rumah dia," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tulis kapsyen rindu suami pun tak boleh! Wanita rimas ibu mentua kawal ‘posting’ media sosial, gambar makanan turut dilarang

ARTIKEL BERKAITAN: Takut hilang kasih sayang anak lelaki, mentua ‘cucuk’ menantu hal dalam kain... Risau sangat kalau mengandung!

Menurut wanita tersebut, ibu mentuanya sering datang ke rumah dan akan memeriksa almari pakaian, kabinet dapur dan rak kasut.

"Paling tak tahan kalau dia nampak perempuan cantik, mula la nak cerita dekat laki aku suruh tengok perempuan tu juga.

"Kenapa dia tak suruh laki dia? Suruh la bapa mentua aku tu tengok perempuan cantik tu," katanya geram.

Lebih menggores hatinya sebagai seorang isteri apabila air tangan dan masakan yang disediakannya langsung tidak dihargai kerana ibu mentuanya sengaja akan memasak hidangan lain khusus buat suaminya.

"Apabila aku masak bihun goreng. Dia pun nak masak nasi. Lepas tu ajak anak dia datang makan. 

"Jadi lauk aku masak tu dia tak makan, dah tak habis. Kadang aku rasa dia tak bagi anak dia lebihkan aku," katanya.

Isu sambutan Aidilfitri turut menjadi punca tekanan apabila dia merasakan keluarganya sendiri tidak diberi ruang yang adil.

"Setiap kali raya, keluarga aku cuma dapat separuh hari pada hari pertama. Selepas itu mesti balik kampung sebelah suami," katanya.

  • Wanita dakwa ibu mentua masih sukar melepaskan anak lelaki walaupun sudah berkahwin.
  • Dia mendakwa ibu mentua sering campur tangan dalam kehidupan rumah tangganya.
  • Isu giliran beraya dan layanan terhadap suami turut menjadi punca konflik.
  • Suaminya mengakui lebih mengutamakan ibu berbanding dirinya.
  • Luahan itu mengundang pelbagai reaksi netizen.

Dia mengakui tidak berani bersuara terlalu banyak kerana suaminya pernah menyatakan bahawa ibunya adalah insan paling utama dalam hidupnya.

"Suami pernah cakap mak dia segalanya dan dia sayang mak dia lebih daripada sayang aku," luahnya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang beranggapan tindakan ibu mentuannya dianggap normal kecuali membabitkan pujiannya terhadap kecantikan wanita lain.

"Aku benci part dia kata perempuan cantik, sama macam mak mentua aku. Dia suka cerita pasal bekas kekasih suami aku.

"Bapa mentua ada lagi kan? Nanti apabila nammpak perempuan cantik cakap depan mak mentua, nak kenalkan untuk bapa mentua," komen netizen.

Artikel Lain