Kata-kata berunsur lucah dikategorikan sebagai salah satu bentuk gangguan seksual walaupun dalam nada gurauan. -Gambar hiasan AI
SETIAP individu berhak bekerja dalam persekitaran yang selamat dan profesional tanpa perlu berdepan kata-kata atau gurauan berbaur seksual yang boleh mengganggu emosi serta maruah diri.Meskipun ada pihak menganggap perkara sedemikian sekadar bahan jenaka, hakikatnya ia boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual dan tidak wajar dinormalisasikan di tempat kerja. Seorang wanita berkongsi pengalamannya apabila mengambil keputusan membuat aduan rasmi kepada Jabatan Sumber Manusia (HR) selepas menjadi mangsa gurauan berunsur seksual daripada rakan sekerja..Individu yang menjadi mangsa gangguan seksual disarankan membuat laporan kepada pihak atasan. -Gambar hiasan AI"Buat complaint dekat HR isu gurauan seksual yang aku kena. Lepas 10 minit aku complaint, bos call tanya aku okay ke tak dan kenapa tak call dia beritahu pasal ni."Seganlah... dia lelaki, takkan nak complaint dekat dia. Tak lama lepas tu, team HR pula call untuk siasat," katanya.Wanita itu turut mendedahkan gurauan yang dilemparkan oleh rakan sekerjanya itu menyentuh kehidupan rumah tangganya sehingga membuatkan dia berasa kurang selesa.ARTIKEL BERKAITAN: Takut kena gelak dekat balai... Pemuda mangsa gangguan seksual ‘housemate’ lelaki malu lapor polis, susah tunjuk buktiARTIKEL BERKAITAN: “Kalau dapat sedap ni” - Wanita terkejut berdepan gangguan seksual budak 11 tahun dekat pasar malam, rasa nak lempang!"(Rakan sekerja kata) Kenapa muka masam ni? Malam tadi dah malam Jumaat, kenapa nak masam-masam lagi? Dia tahu saya dah kahwin, tapi buat jokes pasal malam Jumaat," kongsinya.Selepas siasatan dijalankan, wanita itu memaklumkan bahawa pihak HR bertindak pantas dengan mengeluarkan surat amaran terhadap individu terbabit."Lepas lunch saya diberitahu HR dah release surat amaran. Terima kasih bos dan team HR cepat ambil tindakan," ujarnya lagi.Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada warga maya yang rata-ratanya memuji tindakan wanita berkenaan kerana berani membuat aduan.Seorang wanita kongsi pengalaman menjadi mangsa gangguan seksual rakan sekerja lelaki.Rakan sekerja itu mengeluarkan kata-kata gurauan 'double meaning' yang menyebabkannya tidak selesa.Dia terus membuat laporan kepada Jabatan Sumber Manusia (HR) syarikat.Selepas siasatan dijalankan, HR bertindak keluarkan surat amaran kepada individu terbabit.Netizen memuji tindakan majikannya yang pantas bertindak dan cakna dengan keselamatan pekerja.Ringkasan ini dijana oleh AIMereka turut menyifatkan respons pantas pihak majikan sebagai contoh yang baik dalam menangani isu gangguan seksual di tempat kerja."Bagus awak berani report dekat HR. Spesies macam ni memang kena bagi warning, mereka ingat kelakar ke buat lawak bodoh macam tu?"Thanks to you juga sebab report. Secara tidak langsung you dah elakkan orang lain jadi mangsa seterusnya. "Respect HR dan majikan yang bertindak cepat dan tegas. Macam ni baru pekerja rasa selamat untuk bersuara," demikian antara komen netizen.