KANAK-KANAK pada masa kini dilihat semakin hilang nilai adab ketika bergaul di tempat awam sehingga ada yang berani bertindak di luar batas pergaulan normal.Menyedari isu tersebut, seorang wanita tampil berkongsi pengalaman yang amat tidak menyenangkan ketika dia singgah di sebuah pasar malam di Pantai Dalam, Kuala Lumpur selepas pulang daripada menghadiri kursus. Menurutnya, ketika sedang beratur untuk membeli piza, dia berdepan sekumpulan kanak-kanak yang berada di hadapannya.Kanak-kanak perlu lebih menghormati orang dewasa. -Gambar hiasan AI"Ada seorang ni usia dalam 11 atau 12 tahun. Dia pusing ke arah aku dan cakap... lepas ni ikut saya balik. "Aku diam dan tenung dia lama-lama tanpa reaksi dan rasa macam nak sepak," kata wanita tersebut mengimbau kembali detik itu.ARTIKEL BERKAITAN: Panjat pagar rumah, bawa pisau nak toreh parcel... Wanita anggap anak jiran melampau!- “Mak dia acah-acah terkejut”ARTIKEL BERKAITAN: Wanita hina jiran tak ada zuriat, bengang disuruh bayar ganti rugi cermin pecah... Dicop 'tak mampu' terus naik anginTidak terhenti di situ, kanak-kanak berkenaan kemudian dikatakan terus bercakap dengan nada yang kuat, selain mengeluarkan kata-kata berbaur lucah kepada rakan-rakannya."Masa aku tengah pilih piza, dia cakap kat kawan-kawan dia... kau tengok ni, rasa-rasa dapat tak? Mesti dapat kan. Kalau dapat sedap ni."Geng dia pun malas nak layan. Kawan dia yang sedang membeli tu pun siap tegur," katanya.Mengakui berasa sangat geram dengan situasi itu, wanita ini meluahkan rasa ingin menampar muka kanak-kanak tersebut yang disifatkannya sebagai terlampau biadab dan tidak dididik dengan betul."Masa tu aku rasa nak tampar je mulut dia. Sangat kurang ajar budak zaman sekarang, tak senonoh pula tu. Aku malas nak kata apa, jadi buat muka jijik je kat dia."Aku rasa kawan-kawan dia umur dalam sembilan ke 10 tahun, jadi budak tu cuba nak tunjuk dia ketua," katanya.Seorang wanita mendakwa berdepan sekumpulan kanak-kanak kurang sopan di pasar malam Pantai Dalam.Seorang budak lelaki 11–12 tahun didakwa mengeluarkan kata-kata tidak senonoh kepadanya.Wanita itu mengakui berasa geram dan tidak selesa dengan tindakan tersebut.Kanak-kanak itu turut bercakap kuat dengan rakan-rakan dengan nada tidak beradab.Perkongsian itu mencetuskan kebimbangan netizen terhadap adab kanak-kanak masa kini.Ringkasan ini dijana oleh AIKecewa dengan apa yang berlaku, dia menasihatkan golongan ibu bapa agar lebih peka dengan sikap anak-anak ketika berada di luar rumah, selain mendidik mereka supaya tidak tersalah memilih rakan.Perkongsian yang tular itu ternyata menarik perhatian warga maya kerana mengakui memang wujud segelintir kanak-kanak generasi sekarang yang berani mengeluarkan kata-kata lucah kepada golongan dewasa."Ada budak sekolah rendah baling batu, kemudian ada seorang nenek tegur tak jalan. Jadi saya tegur, salah seorang ni kata... kau sibuk kenapa? Aku rogol kang. Terkejut gila saya."Kecil-kecil dah tak ada adab kalau dah besar ni tak tahu la macam mana . Teruk sangat dah budak sekarang," komen warga maya.