PAKAIAN dalam disifatkan sebagai barangan peribadi yang perlu dijaga rapi dan disembunyikan daripada pandangan umum, terutamanya demi menjaga batas aurat.Menyedari kepentingan isu tersebut, seorang wanita berkongsi pesanan khusus buat pasangan suami isteri agar lebih berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling terutama ketika berada di rumah mentua. Menurutnya, pakaian dalam tidak seharusnya dijemur di tempat terbuka seperti ampaian luar kerana tindakan sedemikian secara tidak langsung mendedahkan hal peribadi kepada ahli keluarga yang lain.Pakaian dalam perlu dijemur ditempat yang sukar dilihat orang luar. -Gambar hiasan AI"Pesanan buat yang baru berkahwin. Kalau balik rumah mentua, jangan kau jemur pakaian dalam dekat ampaian luar."Pakaian dalam tu aurat kau. Tak pasal ipar duai tahu warna apa kau pakai, saiz apa, renda tak berenda," kongsinya.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nampak ‘line clear’ terus sambar! Lelaki curi pakaian dalam wanita sidai tepi jalan diburu polisARTIKEL BERKAITAN: “Seluar dalam pun saya basuh” – Lelaki jadi hamba dalam rumah sendiri, dilayan macam sampah demi ambil hati anak tiriDalam masa sama dia turut menitipkan nasihat agar golongan isteri mengambil inisiatif menjemur pakaian dalam di dalam bilik tidur sendiri demi menjaga maruah serta privasi sebagai pasangan suami isteri."Nak jemur, kau jemur dalam bilik. Sebab tu juga akak cakap bilik kelamin jangan bagi orang masuk."Segala aib segala aurat kamu suami isteri ada di dalam tu," nasihat wanita tersebut.Seorang wanita menasihatkan pasangan suami isteri agar menjaga aurat termasuk pakaian dalam.Katanya, pakaian dalam tidak wajar dijemur di tempat terbuka.Perkara itu boleh mendedahkan aurat kepada ahli keluarga lain.Beliau menyarankan ia dijemur di ruang tertutup seperti bilik.Perkongsian itu mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian yang tular itu ternyata menarik perhatian warga maya, di mana rata-ratanya bersetuju selain mendakwa memang wujud segelintir individu yang seolah-olah hilang perasaan malu sehingga sanggup mempamerkan pakaian dalam mereka kepada umum."Pernah singgah beraya rumah seseorang ni, macam alim la keluarganya. Tumpang guna tandas, bergantungan seluar dalam dan bra. Kita terkesima."Dulu ipar aku jemur dekat tingkap tempat aku duduk, mental ke apa nak menunjuk pakaian dalam."Usahkan rumah mentua. Rumah sendiri pun, tak pernah sidai terpampang pakaian dalam seisi rumah pada orang," komen netizen.