suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya tergoda, tak tahan” - Baru sekali taaruf, wanita terkejut ustaz sekolah menengah ajak panggil ‘sayang’

Ciri-ciri 'redflag' yang ditunjukkan ketika sedang melalui proses mengenali hati budi boleh membuatkan seseorang kurang selesa. -Gambar hiasan AI

FASA taaruf atau perkenalan sebelum menuju alam perkahwinan sepatutnya menjadi ruang untuk mengenali hati budi dan keperibadian seseorang dengan lebih baik.

Namun, tidak semua pengalaman bertaaruf berakhir indah seperti yang dibayangkan.

Malah, ada juga yang berdepan situasi kurang menyenangkan hingga membuatkan mereka serik untuk meneruskan hubungan, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini.

"Beberapa hari lepas, aku taaruf dengan seorang ustaz sekolah menengah. Lepas beberapa hari taaruf, dia call aku.

"Asalnya aku tak nak sebab aku bukan jenis suka on call. Tapi call je lah kononnya nak taaruf kan," tulisnya dalam perkongsian di Threads.

Fasa taaruf menjadi ruang untuk mengenali hati budi dan keperibadian seseorang. -Gambar hiasan

Menurutnya, perbualan yang pada mulanya normal bertukar menjadi janggal apabila lelaki itu didakwa meminta untuk memanggilnya dengan gelaran manja.

"Kami borak-borak, tiba-tiba dia tanya aku... awak, boleh tak start hari ni saya nak panggil awak 'sayang' dan awak panggil saya 'B'?" kongsinya.

Terkejut dengan permintaan itu, wanita berkenaan mengakui dia mula berasa tidak selesa kerana menyifatkan tindakan lelaki terbabit tidak sepadan dengan imej ahli agama yang ditunjukkannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sia-siakan sesi taaruf, wanita tolak cadangan tunang ‘upgrade’ kereta Honda lepas kahwin... Ada hati ajak kongsi bayar hutang!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tebalkan muka ajak pegawai tentera berkenalan semula, dulu ‘reject’ lamaran sebab tak tahu status - “I pun ada hati dekat you”

"Aku terkejutlah. Aku pun tanya... ustaz alright atau tak alright ni? Takkan ustaz yang lebih mendalami agama lagi gatal daripada saya yang jahil ni?

"Dia pun cakap... entahlah, saya suka awak. Saya tergoda dan tak tahan.

"Padahal aku cakap tak menggoda dia pun. Suara aku pun jenis garau sikit. Entah celah mana dia tergoda," ujarnya.

Disebabkan berasa tidak selesa, wanita itu mengambil keputusan untuk menamatkan panggilan telefon serta-merta sebelum bertindak memutuskan hubungan dengan lelaki tersebut.

  • Seorang wanita kongsi pengalaman bertaaruf dengan jejaka bergelar ustaz.
  • Lelaki tersebut teruja menghubunginya walaupun baru beberapa hari berkenalan.
  • Lebih mengejutkan, lelaki itu memintanya menggunakan gelaran manja untuk mereka berdua.
  • Wanita tersebut berterus terang dirinya tidak selesa dan ambil keputusan untuk tak teruskan hubungan.
  • Netizen kagum dan puji pendekatan wanita berkenaan.

"Aku pun cakap aku tak selesa dengan dia. Aku end call, unfollow dan tidur. Kenapalah aku asyik jumpa lelaki gatal," kongsinya lagi.

Di laman komen, warga maya tampil dengan pelbagai pandangan.

Rata-ratanya meluahkan rasa kesal apabila ada individu yang mempunyai latar belakang agama menunjukkan keperibadian yang tidak selari dengan imej yang patut ditonjolkan. 

Dalam pada itu, beberapa netizen turut memuji tindakan wanita berkenaan yang memilih untuk menjaga batas dan segera menjauhkan diri apabila mula berasa tidak selesa.

Artikel Lain