suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Aku dah berhenti doakan dia murah rezeki” - Isteri kecil hati suami tiba-tiba ‘ghaib’ ketika nak bayar losen dan krim pelembap

Suami memainkan peranan utama dalam membahagiakan isteri bagi memastikan keharmonian rumah tangga. -Gambar hiasan AI

SUAMI sememangnya bertanggungjawab untuk mencukupkan keperluan isteri dan anak-anak, namun peranan itu bukan sekadar menyediakan nafkah asas semata-mata.

Bagi seorang wanita, sikap terlalu berkira yang ditunjukkan suaminya membuatkan dia mengambil keputusan untuk berhenti berharap terlalu tinggi terhadap pasangannya.

Menceritakan apa yang berlaku, wanita itu berkata suaminya baru sahaja menerima gaji, namun cuba mengelak daripada membayar barangan penjagaan diri yang ingin dibelinya ketika mereka keluar membeli-belah.

Ada wanita terpaksa berusaha sendiri tanpa mengharapkan nafkah daripada suami. -Gambar hiasan AI

Ada wanita terpaksa berusaha sendiri tanpa mengharapkan nafkah daripada suami. -Gambar hiasan AI

"Aku singgah kedai beli losen dan krim pelembap, suami pun ada sekali masa tu. Tapi apabila sampai depan kaunter nak bayar, dia hilang. 

"Aku bayar je, lepas siap bayar baru dia muncul. Kemudian tu buat-buat tanya... eh dah bayar?," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami tengking depan orang ramai, wanita tertunduk malu letak balik roti dalam tangan... Lelaki ini pesan maruah isteri bukan sekadar aurat

ARTIKEL BERKAITAN: Adik-beradik ajak berbuka, suami pasrah kena tanggung bil cecah RM800... Isteri bersyukur, dapat juga merasa makan luar

Melihat kepada respons itu, pengadu memaklumkan kepada suaminya bahawa dia sedia menerima wang secara pindahan dalam talian sebagai ganti, namun lelaki itu sekadar ketawa tanpa memberi sebarang reaksi.

Menurut wanita itu, suaminya sebelum ini pernah meminta agar dia sentiasa mendoakan supaya rezekinya sentiasa murah, tetapi dia mengakui sudah lama berhenti berbuat demikian.

"Aku dah berhenti doakan dia sebab apabila ada rezeki, dia berkira dengan aku dan anak-anak.

"Jadi doa aku sekarang, semoga aku murah rezeki dan anak-anak tak dapat suami macam dia," katanya.

  • Seorang isteri meluahkan kecewa kerana suaminya bersikap berkira walaupun baru menerima gaji.
  • Dia membayar sendiri barangan di kedai selepas suami tiba-tiba menghilang ketika di kaunter.
  • Suami hanya ketawa apabila dimaklumkan isteri sudah membayar dan boleh diganti kemudian.
  • Wanita itu mengakui sudah berhenti mendoakan suaminya kerana kecewa dengan sikapnya.
  • Luahan tersebut mendapat perhatian netizen yang menasihatinya supaya bersabar dan terus berdoa agar suami berubah.

Perkongsian luahan perasaan itu menarik perhatian warga maya yang rata-ratanya meminta dia terus bersabar selain mendoakan agar suaminya berubah sikap dan menjadi lebih peka terhadap kebajikan keluarga.

"Doa dan minta Tuhan bagi petunjuk pada pasangan awak. Itu je doa yang sesuai untuk lelaki macam tu.

"Ramai je yang perangai macam tu. Dia tak sedar dia yang jadi punca doa isteri terhenti untuk dia.

"Lepas ni cuba doa macam ni... Ya Allah murahkan rezeki suami aku, mudahkan rezekinya, lancarkan rezeki suami aku untuk aku dan anak-anak," kata netizen.

Artikel Lain