KEGAGALAN menjalankan tanggungjawab memberi nafkah kepada anak mengundang rasa kecewa wanita ini sehingga sanggup menyerahkan hak penjagaan kepada bekas suami.Menurutnya, tindakan tersebut bukan kerana mahu lepas tangan tetapi supaya bekas suami dan isteri baharunya merasai sendiri beban membesarkan anak tanpa sebarang bantuan kewangan. "Bila aku minta nafkah, dia culas nak bagi. Biar dia rasa jaga anak pakai duit banyak mana. Biar bini baru dia rasa macam mana bela anak tiri. Suami isteri perlu berbincang mengenai hak penjagaan anak selepas bercerai. -Gambar hiasan AI"Dia kata aku meroyan minta duit nafkah. Mesti la saya meroyan, aku minta hak anak aku. Dah RM2,000 tak bayar ni," ujarnya di Threads.Tambah wanita itu lagi, suami baharunya tidak pernah berkira membantu membesarkan anaknya namun dia menegaskan tanggungjawab utama tetap terletak pada bapa kandung."Takkan suami aku je nak tanggung anak dia? Bukan anak kandung pun, ini anak tiri. Memang laki aku tak berkira.ARTIKEL BERKAITAN: Peguam kongsi kisah sedih, bapa tergamak catu nafkah anak... Beri RM100 makan minum sebulan, tapi diri sendiri belanja RM600ARTIKEL BERKAITAN: Suami hanya pandai ‘buat’ anak, tapi culas nafkah... Pasang niat nak kahwin wanita cantik jika dah kaya!"Dalam Islam pun kata bapa kandung wajib bagi nafkah dekat anak. Bapa tiri tak wajib, dia nak tolong atas ihsan dia. Tak malu ke? Takkanlah bini baru tak nak tolong jaga anak tiri?"Bagilah sama adil. Kau sebagai bapa ada otak boleh fikir. Ini dah umur 32 tahun pun masih tak boleh fikir. Macam mana la nak bela anak orang. Anak sendiri pun tak terbela," ujarnya lagi.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang menyokong tindakan menyerahkan anak kepada bapa kandung jika bekas suaminya gagal membayar nafkah.Wanita kecewa bekas suami culas bayar nafkah anak hingga tunggakan cecah RM2,000.Dia bercadang menyerahkan hak penjagaan anak kepada bekas suami selepas lelaki itu berkahwin lain.Menurut wanita itu, suami baharunya banyak membantu membesarkan anak tiri tanpa berkira.Wanita berkenaan menegaskan tanggungjawab nafkah tetap wajib dipikul bapa kandung.Netizen turut menyokong tindakannya supaya bekas suami merasai sendiri cabaran membesarkan anak.Ringkasan ini dijana oleh AI"Isteri baharu itu tak fikir ke perangai suami? Sudah macam itu punya perangai pun nak buat suami ke?"Macam ini baru betul. Serah dekat bapanya yang jaga. Kalau kita menekan-nekan minta duit, kita yang sakit hati. Dia yang jaga, pandai-pandailah."Setuju. Bagi je anak dekat dia. Sis boleh berehat fokus pada diri. Nanti anak dah besar pandai-pandai la dia cari," komen beberapa netizen.