Suami perlu memainkan peranan supaya berlaku adil terhadap kedua-dua belah keluarga. -Gambar hiasan AI
GILIRAN pulang beraya sering menjadi punca perbalahan di antara suami isteri yang berulang setiap tahun.Luahan seorang wanita yang bersimpati dengan nasib adik perempuannya yang didakwa tertekan apabila ibu mentuanya sering memaksa kesemua anak lelaki pulang ke kampung setiap kali sambutan Aidiladha. Menurut wanita itu, ibu mentua adiknya menggunakan ibadah korban sebagai 'senjata' memanggil anak-anak pulang yang membuatkan mereka tidak dapat mengelak."Adik aku tengah tertekan, mentua dia setiap tahun buat ibadah korban. Setiap tahun ya! Setiap kali itu juga mak mentua tanya suami dia balik tak?Suami isteri perlu berbincang untuk menentukan giliran pulang beraya. -Gambar hiasan AI"Mak buat korban, baju pun sudah tempah. Setiap tahun, itu je la alasan mak dia. Walaupun ada anak lelaki dia yang lain balik pun, dia tetap tanya suami adik aku juga," cerita wanita itu di Threads.Difahamkan, ibu mentua adiknya turut membandingkan anak-anak lain selain melabel mereka sebagai tidak berguna sekiranya gagal pulang ke kampung setiap kali ibadah korban diadakan."Kalau anak lain tak balik, dia cakap la abang tu, abang ni balik rumah mentua. Jadi dia tanya suami adik saya balik kampung tak.ARTIKEL BERKAITAN: Aidiladha makin dekat, ini panduan pilih haiwan korban terbaik menurut Islam... Warna pun antara kriteria pentingARTIKEL BERKAITAN: Kalau bayar ‘lumpsum’ memang berat… Lelaki ini dedah formula mudah cukupkan satu bahagian korban setiap tahun"Masalah sekarang ini yang bermasalah itu mentua dia. Sampai setiap tahun buat korban. Bila anak-anak tak dapat balik, dia cakap anak dia semua tak guna."Padahal tahun lepas mereka pun balik kampung juga sebab buat korban," jelas wanita itu lagi.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata berpendapat suami perlu memainkan peranan untuk berlaku adil terhadap kedua-dua belah keluarga.Adik wanita itu tertekan kerana mentuanya meminta semua anak lelaki pulang setiap Aidiladha.Ibadah korban dikatakan menjadi alasan ibu mentua memanggil anak-anak balik kampung setiap tahun.Wanita itu mendakwa ibu mentua adiknya melabel anak-anak sebagai tidak berguna jika gagal pulang.Situasi sama yang berulang setiap tahun mencetuskan tekanan emosi kepada adiknya.Netizen berpendapat suami perlu memainkan peranan bagi mengelakkan konflik keluarga berpanjangan.Ringkasan ini dijana oleh AISelain itu, ada juga menyarankan supaya suami berbincang lebih awal dengan ibunya mengenai giliran pulang beraya bagi mengelakkan salah faham antara keluarga."Mak mentua tak boleh nak ubah apa dah. Laki adik awak la kena mainkan peranan. Ke buat-buat tak reti juga? Tak tahu la ya."Suami tolong mainkan peranan ya. Kau nak demand isteri taat tapi tak berlaku adil pula dalam hal-hal macam ini. Ingat isteri tak makan hati ke?"Suami dia kena main peranan la macam mana abang-abang dia main peranan. Kena cakap awal-awal dekat mak dia tahun ini raya haji nak balik beraya belah bini pula," komen beberapa netizen.