suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kau sekolah tak dik?” - Remaja rambut perang terkebil-kebil ‘sangkut’ sifir 4, tak tahu harga empat biji burger

Kegagalan menguasai asas Matematik akan menyusahkan banyak pihak. -Gambar hiasan AI

MENGUASAI asas dalam subjek Matematik penting dalam kehidupan seharian terutama apabila melibatkan urusan jual beli.

Di media sosial, seorang pemuda berkongsi pengalaman menyaksikan situasi memalukan melibatkan seorang remaja ketika membeli burger di sebuah gerai.

Menurutnya, dia terkejut apabila melihat remaja berkenaan gagal membuat kiraan mudah ketika mahu membayar harga makanan dibeli.

"Budak sekarang memang tak pentingkan pelajaran ke? Dengan rambut perangnya. Dia beli empat biji burger. Sebiji burger harga RM4, jadi semuanya adalah RM16.

Kanak-kanak perlu belajar menguasai Matematik sejak dari kecil. -Gambar hiasan AI

Kanak-kanak perlu belajar menguasai Matematik sejak dari kecil. -Gambar hiasan AI

"Tapi budak tu kata semua empat biji burger tu harga RM10 sahaja. Kemudian abang burger itu tanya... kau sekolah tak dik? Tapi budak itu boleh gelak sahaja," katanya.

Tambahnya, peniaga burger berkenaan berulang kali meminta remaja tersebut mengira semula namun dia tetap memberikan jawapan yang salah.

"Abang tu suruh kira sifir empat, dia cakap tak tahu. Itu yang dia kena 'basuh'. Awek budak itu pula tunggu dekat atas motosikal.  

ARTIKEL BERKAITAN: Padam stigma ‘Melayu lemah Matematik’, cikgu ini kongsi titik terendah zaman belajar... Pernah dilempang, dihantar ke sekolah ‘buangan’

ARTIKEL BERKAITAN: Tutor kena maki ibu pelajar tengah malam, tak puas hati anak gagal Matematik SPM... Rupanya sebab sibuk main TikTok!

"Kalau kita dulu masa Darjah Dua, Tiga... tak hafal sifir, buku dah terbang dekat atas muka," katanya.

Pemuda ini berharap insiden 'disekolahkan' di tempat awam dijadikan pengajaran buat remaja terbabit supaya terbuka hati untuk memberi tumpuan kepada pelajaran.

"Kau kena ubah hidup kau. Ilmu itu penting. Asas sifir pun kau tak boleh. Abang tahu kau malu kena herdik depan orang ramai.

  • Remaja gagal kira harga burger dengan betul.
  • Peniaga burger tegur kerana tak tahu sifir empat.
  • Pemuda anggap ilmu asas penting dalam hidup.
  • Remaja didakwa malu ditegur depan teman wanita.
  • Netizen akui ramai pelajar masih lemah Matematik.

"Aku harap abang burger tu bagi kau kesedaran. Ubah diri, awek dah ada. Malu dekat awek," katanya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang mengakui penguasaan asas Matematik dalam kalangan generasi muda hari ini agak membimbangkan berbanding zaman dahulu.

"Saya tutor Matematik, memang ada pelajar sekolah menengah tak hafal sifir... mereka guna alasan boleh pakai kalkulator.

"Ibu bapa main peranan. Kalau ibu bapa biar je macam itu, anak-anak lagi la tak tahu apa-apa," komen warga maya.

Artikel Lain