NIAT murni sebuah keluarga untuk menyempurnakan ibadah korban buat anak bongsu mereka akhirnya diselubungi rasa kecewa yang mendalam gara-gara sikap terlalu tegas seorang guru agama di sekolah.Manakan tidak, si adik yang sedang 'berpantang' daripada memotong rambut dan kuku demi menghormati sunah ibadah korban terpaksa pasrah apabila rambutnya digunting ketika pemeriksaan mengejut (spotcheck). Lebih menambah rasa terkilan dan ralat di hati keluarga ini, tindakan disiplin itu dibuat ketika sesi persekolahan hanya berbaki sehari sahaja lagi sebelum cuti Hari Raya Aidiladha bermula."Adik aku ni dah mula tak potong kuku dan rambut. Tapi yang sakit hatinya, ada spotcheck hari Khamis dan masa tu rambut dia dah panjang sikit," luah si kakak di Thread.Ibu bapa pasti berasa bimbang apabila melihat anak menangis selepas pulang dari sekolah. -Gambar hiasan AILebih menambah rasa sedih adalah apabila rayuan adiknya bukan sahaja tidak diendahkan, malah diketawakan ustaz terbabit sebelum rambutnya digunting."Ustaz yang buat spotcheck tu tetap gunting rambut walaupun adik dah maklumkan yang dia nak buat korban dan akan gunting lepas ibadah tu disempurnakan."Rambut adik pun bukannya panjang sangat... tapi ustaz tu gelak-gelak je dan cakap... tak boleh buat apa, kalau panjang memang kena gunting juga," adunya yang kecewa dengan sikap guru terbabit yang seolah-olah tiada budi bicara.Keluarga kecewa adik dipaksa gunting rambut ketika spotcheck sekolah.Adik simpan rambut dan kuku sempena ibadah korban Aidiladha.Dakwa ustaz tetap gunting rambut walaupun sudah diberi penjelasan.Wanita terkilan kerana usaha ibu bapa kumpul duit korban seolah tak dihargai.Netizen kecam tindakan guru, tapi ada tegur peraturan sekolah tetap perlu dipatuhi.Ringkasan ini dijana oleh AIMeskipun mengetahui bahawa tindakan menyimpan rambut dan kuku sebelum korban itu hanyalah perkara sunat, namun baginya usaha yang dilakukan adiknya bukan sekadar untuk menyempurnakan ibadah semata-mata, tetapi demi menghargai pengorbanan ibu dan bapa mereka.ARTIKEL BERKAITAN: Guru letak 18 foto murid tak siap kerja sekolah dalam grup WhatsApp! Mak ayah 'sentap' terus lapor SisPAA, anggap jatuh maruah anakARTIKEL BERKAITAN: Tak puas hati disuruh salin nota dalam kelas, pelajar tunjuk samseng koyak kertas depan muka cikgu! - “Esoknya bapa dia pula serang saya”Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menyelar tindakan ustaz terbabit yang disifatkan seperti tidak mempunyai rasa empati dan kurang sensitif meskipun sudah dimaklumkan tentang situasi sebenar lebih awal."Jahat ustaz tu, masih mempersendakan orang walau dah beritahu nak buat korban."Tak boleh potong rambut jika buat korban adalah sunat... tapi ikut peraturan sekolah adalah wajib," demikian reaksi netizen.Untuk pengetahuan bersama, larangan memotong kuku dan rambut bagi mereka yang melaksanakan ibadah korban adalah bermula pada 1 Zulhijah dan had larangannya ialah sehingga selesai haiwan disembelih.Menurut Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, larangan tersebut adalah makruh menurut pandangan mazhab Syafi’i.Bagaimanapun ibadah korban tetap sah dan tidak terjejas jika terpotong.