suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Umpan calon kerja sembang topik strategi, wanita kesal idea pemasaran kena ‘rembat’ selepas hadir temu duga jawatan eksekutif

Pengalaman temu duga akan menjadikan calon lebih bersedia pada masa hadapan. -Gambar hiasan AI

PROSES temu duga kerja kebiasaannya menjadi platform terbaik untuk majikan menilai kebolehan dan potensi calon secara profesional sebelum memutuskan untuk mengambil mereka bekerja.

Namun, bagi seorang wanita dia berdepan dengan pengalaman yang cukup mengecewakan apabila idea pemasaran yang dikongsi secara jujur ketika sesi temu duga didakwa 'dicuri' dan digunakan oleh pihak syarikat berkenaan.

Menurutnya, dia menghadiri sesi temu duga bagi jawatan eksekutif pemasaran dan diminta berkongsi cadangan strategi yang sesuai untuk syarikat berkenaan.

Pembentangan yang kreatif akan menarik minat bakal majikan untuk mengambil calon bekerja. -Gambar hiasan AI

Pembentangan yang kreatif akan menarik minat bakal majikan untuk mengambil calon bekerja. -Gambar hiasan AI

“Salah satu soalan masa temu duga ialah apa contoh kaedah pemasaran yang saya rasa boleh diketengahkan untuk jenama mereka.

“Saya pun kongsi idea dengan penuh yakin dan sepanjang temu duga memang nampak macam mereka berminat nak ambil saya bekerja,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dari JB ke Kuantan untuk temu duga... Isteri dakwa HR tipu, 'permainkan' suami - "Iklan RM3,500, gaji sebenar RM1,900"

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu ganti anak masuk 'interview' kerja, penemu duga tak sangka boleh berkenan! - “Rasa macam nak ambil mak dia”

Bagaimanapun, sangkaannya meleset apabila selepas sesi temu duga tersebut berakhir, dia langsung tidak menerima sebarang panggilan atau khabar berita daripada pihak syarikat.

Lebih menyakitkan hati, penantian wanita ini bertukar menjadi rasa kesal yang amat sangat apabila melihat strategi miliknya kini menjadi milik orang lain.

"Beberapa minggu kemudian, saya nampak media sosial syarikat tu guna idea pemasaran yang saya pernah bentangkan ketika temu duga dulu.

"Ok, ia jadi pengajaran untuk saya sekarang," katanya kesal.

  • Wanita dakwa idea temu duga digunakan syarikat.
  • Tiada maklum balas selepas sesi interview.
  • Idea muncul di media sosial syarikat.
  • Netizen kata ramai alami situasi sama.
  • Calon kerja dinasihat lebih berhati-hati berkongsi idea.

Perkongsian wanita itu ternyata mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya yang rata-ratanya bersimpati, selain menasihatkan calon pekerja supaya lebih berhati-hati dan tidak terlalu 'pemurah' berkongsi idea kreatif sewaktu temu duga.

Menjengah ke ruangan komen, rupa-rupanya ramai yang pernah menjadi mangsa taktik kotor segelintir syarikat yang gemar mengambil kesempatan atas angin seperti ini.

"Suami saya pernah kena macam ni untuk jawatan pengurus siaran langsung. Lepas dia bentang idea, terus masa siaran langsung sama macam idea dia kongsi.

"Banyak syarikat macam ini. Rasanya ramai pernah kena dan saya sendiri pun dah banyak kali kena.

"Mereka curi idea secara profesional menggunakan istilah temu duga," komen warga maya.

Artikel Lain