SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa apabila suaminya yang menghadiri temu duga bagi jawatan penyelia katering mendapati tawaran gaji jauh lebih rendah daripada yang diiklankan.
Menurutnya, iklan berkenaan memaparkan tawaran gaji sehingga RM3,500, namun sewaktu temu duga, suaminya dimaklumkan gaji sebenar hanyalah RM1,900.
Selain itu, terdapat juga tawaran elaun tambahan sebanyak RM100 sekiranya pekerja menunjukkan prestasi yang baik semasa bekerja.
Persiapan awal dapat mengurangkan rasa cemas semasa temu duga. -Gambar hiasan
"Tadi suami pergi temu duga kerja. Dalam iklan gaji yang ditawarkan tulis sehingga RM3,500. Suami isi borang dan tulis jangkaan gaji RM3,500 dan boleh dirunding.
"Tapi bila sampai sana, penemuduga cakap gaji sebenar RM1,900 je. Bila tanya kenapa iklan tulis tinggi, mereka jawab tak tahu sebab sumber manusia (HR) yang buat,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Budak mentah, tak ada adab!” - Wakil syarikat bengang Gen Z ‘lenggang kangkung’ datang temu duga, tak bawa dokumen lengkap
ARTIKEL BERKAITAN: Peliknya perangai ibu staf 'intern'! Mahu anak duduk serumah dengan bos, pergi kerja sama-sama masa latihan praktikal
Jelasnya, perkara sedemikian bukan sahaja sangat mengelirukan tetapi juga menyusahkan calon yang tinggal jauh di negeri lain.
"Janganlah buat iklan clickbait begini. Bayangkan, kami datang jauh dari Johor Bahru ke Kuantan, tetapi tawaran sebenar tak seperti yang diiklankan.
"Lebih baik nyatakan sahaja gaji sebenar. Pasti masih ada yang akan memohon terutamanya graduan baharu," katanya.
- Seorang wanita kecewa suaminya yang hadir temu duga kerja dimaklumkan gaji jauh lebih rendah daripada yang diiklankan.
- Iklan tawar sehingga RM3,500, namun tawaran sebenar hanya RM1,900 dengan elaun RM100.
- Pasangan itu datang jauh dari Johor Bahru ke Kuantan semata-mata untuk temu duga tersebut.
- Wanita itu menegur tindakan HR yang disifatkan mengelirukan dan menyusahkan calon kerja.
- Netizen turut mengecam tindakan sedemikian, menyifatkannya sebagai “buang masa dan duit calon.”
Tambahnya lagi, walaupun jadual kerja dua syif mungkin sesuai untuk mereka yang bujang atau ingin mencari pengalaman, tetapi ia kurang sesuai bagi individu yang sudah berkeluarga memandangkan kadar gaji yang rendah.
Reaksi warga maya
Sementara itu, bagi warga maya jika mereka berada dalam situasi suami wanita tersebut pastinya penemuduga berkenaan akan dimaki hamun kerana menyusahkan calon.
"Kalau saya memang mereka dah kena maki, buang masa dan buang duit. Kalau dekat tak mengapa.
"Teruk perangai HR macam ni. Dah la jauh nak pergi temu duga. Entah-entah saja nak pancing ada org terdesak sanggup ambil kerja gaji rendah," katanya.


