suria

Padah suka bantu isteri orang, lelaki kena tetak guna sabit

Cubaan membunuh adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang. -Gambar hiasan AI

SIKAP suka membantu wanita membawa padah apabila seorang lelaki ditetak menggunakan sabit dalam kejadian pada malam Sabtu lalu.

Lelaki berusia 27 tahun itu dipercayai diserang oleh suami kepada wanita tersebut disebabkan perasaan cemburu.

Mangsa dilaporkan ditetak dari arah belakang ketika berada di jalan raya semasa menjemput ibunya di Pamekasan, Jawa Timur, Indonesia.

Akibat serangan itu, mangsa mengalami luka pada bahu kanan dan kiri selain kecederaan pada lengan kiri, leher bahagian depan serta dada.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Pusat Kesihatan Proppo untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Perhubungan Awam Polis Pamekasan, Yoni Evan Pratama pada Ahad mengesahkan kejadian berkenaan dan suspek yang juga berusia 27 tahun sudah ditahan bagi siasatan lanjut. 

Berdasarkan keterangan saksi, kira-kira sebulan sebelum kejadian, mangsa juga pernah diancam bunuh oleh suspek.

Tambahnya, polis sudah mengambil keterangan beberapa saksi termasuk ahli keluarga mangsa selepas laporan dibuat di Balai Polis Pamekasan. -Agensi

 

Artikel Lain