suria

Ahli terapi 77 tahun dipenjara cabul pesakit guna jari, ajak berasmara sebagai cara sembuhkan trauma

Peck dijatuhi hukuman penjara 11 tahun.

SEORANG ahli terapi dijatuhi hukuman penjara selepas dia didapati bersalah mencabul pesakitnya dalam beberapa sesi rawatan.

Gerald Peck, 77, yang bekerja sebagai ahli terapi badan, didapati bersalah atas lima kesalahan seksual pada awal Februari lalu.

Menurut mangsa, dia mengenali Peck melalui seorang rakan ketika mencari bantuan untuk mengatasi masalah kemurungan dan kebimbangan. 

Terapi palsu itu melibatkan aktiviti menanggalkan pakaian dan melakukan sentuhan yang didakwa Peck dapat “menenangkan sistem saraf”.

ARTIKEL BERKAITAN: Tunjuk isyarat guna mulut... Tukang urut wanita cabul pelanggan lelaki, dua kali sentuh ‘adik’ tanpa kebenaran

Dalam beberapa kejadian, Peck turut mencabul mangsa menggunakan jari, kononnya untuk “menyembuhkan trauma”. 

Dalam satu kejadian lain, dia melakukan seks oral dan cuba memujuk mangsa untuk berasmara sebagai “cara pelepasan tenaga.”

Perbicaraan kes itu dijalankan di Mahkamah Mahkota Lewes di East Sussex, England.

Peck dijatuhi hukuman penjara 11 tahun setelah mahkamah meneliti bukti dan keterangan mangsa secara terperinci. -Agensi.

 

Artikel Lain