suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak pilih mangsa! Nenek umur 94 tahun patah tulang selepas dirogol, suspek usia 20-an banyak rekod jenayah seksual

Pelaku jenayah rogol perlu diberi hukuman setimpal agar ia menjadi pengajaran kepada masyarakat. -Gambar hiasan

SEORANG pemuda ditahan pada minggu lalu atas dakwaan merogol seorang wanita berusia 94 tahun.

Kejadian berlaku di kediaman mangsa di Sherwood Forest Boulevard, Louisiana, Amerika Syarikat.

Suspek, Jeremiah Taylor, 22, mempunyai rekod jenayah lampau termasuk tuduhan rogol.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ambil masa 15 tahun bongkar kisah sepupu durjana, mengaku jadi ‘hamba’ nafsu sejak usia 5 tahun

Dalam kes ini, suspek didakwa merogol dan mendera mangsa sehingga mengakibatkan kecederaan.

Akibat serangan itu, mangsa mengalami beberapa patah tulang serta kecederaan pada wajah.

Mangsa dibenarkan keluar dari hospital pada Rabu dan dilaporkan semakin pulih.

Taylor kini ditahan tanpa jaminan sementara menunggu pendakwaan. -Agensi

Artikel Lain