SEORANG lelaki dan wanita yang dipercayai pasangan kekasih ditemukan maut dalam kebakaran yang memusnahkan sebahagian unit apartmen mereka, pada Rabu malam.Lebih mengejutkan apabila kedua-dua mangsa ditemukan mempunyai kesan tikaman pada tubuh. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Tokyo, Jepun.Menurut polis, mangsa wanita mengalami luka tikaman di bahagian leher manakala lelaki cedera di bahagian abdomen.Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 11.20 malam di sebuah bangunan apartmen 10 tingkat di daerah Meguro selepas seorang penghuni lain menghubungi talian kecemasan 119 sebaik menyedari kebakaran.Susulan operasi pemadaman dilakukan, anggota bomba menemukan kedua-dua mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri serta berlumuran darah akibat kesan tikaman sebelum mereka dikejarkan ke hospital.Namun, kedua-duanya disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan.Polis memaklumkan pintu apartmen berkenaan berada dalam keadaan berkunci dan mangsa ditemukan berhampiran bilik tidur.Kebakaran memusnahkan bilik tidur serta ruang tamu.Dalam pada itu, siasatan awal polis mendapati, wanita berusia lingkungan 30-an itu sebelum ini beberapa kali menghubungi pihak polis berhubung masalah hubungannya dengan lelaki terbabit. -Agensi