suria

Bapa lebam di mata, mulut bengkak ditumbuk anak sendiri… Rupanya demi pertahan ibu dicekik!

Keadaan suspek selepas dibelasah anaknya.

 

SEORANG remaja lelaki berusia 13 tahun bertindak berani membelasah bapa kandung sendiri selepas mendapati ibunya dicekik lelaki terbabit.

Kejadian yang berpunca daripada masalah rumah tangga itu dilaporkan berlaku di Foley, Alabama, Amerika Syarikat, pada Selasa.

Berdasarkan laporan, suspek dikenali sebagai Daniel Hernandez-Lopez itu didakwa cuba mencekik isterinya ketika berlaku pertengkaran di rumah mereka.

Remaja terbabit yang menyedari situasi itu segera campur tangan bagi melindungi ibunya daripada terus dicederakan suspek.

Tindakan tersebut menyebabkan suspek cuba untuk menyerang anaknya menggunakan sebuah basikal ketika remaja itu keluar dari rumah semasa pertengkaran berkenaan.

Susulan itu, bagi mempertahankan diri dan ibunya, remaja lelaki tersebut bertindak menumbuk bapanya beberapa kali sehingga lelaki itu mengalami kecederaan serius.

Pihak polis memaklumkan Hernandez-Lopez mengalami lebam di kedua-dua mata serta bibir bengkak teruk selain dipercayai tidak sedarkan diri buat seketika.

Siasatan awal turut mendapati suspek berada dalam keadaan mabuk dan dipercayai berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian berlaku.

Susulan itu, dia ditahan dan dihantar ke Penjara Baldwin County bagi membantu siasatan atas tuduhan keganasan rumah tangga. -Agensi

Artikel Lain