suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami banting tulang demi keluarga, remuk hati lepas tahu isteri senyap-senyap kumpul RM70,000 buat bekal jika bercerai!

Sikap jujur dan saling bertoleransi penting bagi menjamin kebahagiaan rumah tangga. -Gambar hiasan AI

KEJUJURAN dan kepercayaan menjadi asas dalam rumah tangga, namun rahsia yang terbongkar selepas bertahun-tahun hidup bersama mampu meretakkan ikatan perkahwinan.

Dugaan berat itu dilalui seorang lelaki apabila dia mendakwa baru mengetahui isterinya mempunyai simpanan wang berjumlah hampir RM70,000 selepas 14 tahun mendirikan rumah tangga.

Jelasnya, dia bukanlah marah atau cemburu kerana isterinya mempunyai wang simpanan sendiri, sebaliknya terkilan apabila mengenangkan kesusahan yang dilaluinya selama ini demi menyara keluarga.

Setiap orang pastinya berasa sedih sekiranya ditipu dengan pasangan masing-masing. -Gambar hiasan AI

"Aku rasa aku ni lelaki paling bodoh dalam dunia. Selama 14 tahun kahwin, baru tahu bini aku ada simpan duit dekat belakang aku.

"Bukan aku marah dia ada duit tapi selama ni aku kerja siang malam sampai sakit-sakit badan. Pernah motosikal rosak, aku jalan kaki je pergi kerja sebab tak ada duit nak repair.

"Bini aku cakap... sabar bang kita susah sama-sama. Aku pun percaya la. Setiap bulan, duit belanja dan barang dapur semua aku tanggung," jelasnya.

Lebih menyedihkan, lelaki itu mendakwa dia pernah berjimat sehingga hanya makan mi segera ketika bekerja, selain menanggung perbelanjaan dapur dan memberikan wang belanja kepada isteri setiap bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dapat cash RM14,000 perjelas suaminya bukan guna duit i-Sinar buat kejutan! Dulu kerja kilang, sekarang ada wanita tawar diri nak jadi madu

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri korbankan duit simpanan beli motor baharu, tak sanggup tengok suami ulang alik bengkel... ada rahsia terbongkar selepas buat kejutan!

Walau bagaimanapun, segala rahsia terbongkar apabila dia secara tidak sengaja menemukan penyata akaun bank milik isterinya.

"Ya Allah dekat RM70,000 duit dia simpan. Aku tanya mana dapat duit banyak ni? Dia cakap duit yang aku bagi selama ni dia simpan sikit-sikit. Campur duit berniaga online.

"Aku tanya kenapa tak pernah beritahu aku. Dia jawab duit tu untuk masa depan dia kalau kami berpisah nanti. Allah... luluh hati aku dengar," katanya lagi.

  • Suami terkilan isteri simpan RM70,000 tanpa pengetahuannya.
  • Pernah ikat perut dan makan mi segera demi berjimat.
  • Duit simpanan dikumpul daripada wang belanja dan perniagaan online.
  • Isteri didakwa menyimpan wang untuk masa depan jika berpisah.
  • Sudah tiga hari suami tidur di ruang tamu selepas terbongkar rahsia.

Pengakuan itu membuatkan si suami berasa sangat kecewa kerana isterinya tidak pernah menawarkan diri untuk membantunya ketika berdepan kesempitan wang sehingga terpaksa meminjam daripada rakan.

Ekoran rasa kecewa yang mendalam, lelaki itu mengakui sudah tiga hari membawa diri dan tidur di ruang tamu kerana masih sukar menerima kenyataan tersebut.

"Dia cakap aku ni lelaki berkira dengan duit bini. Aku bukan nak duit dia pun. Cuma aku terkilan sangat. Aku hanya fikir nak senangkan anak bini.

"Dia pula fikir nak selamatkan diri dia seorang sahaja... jadi salah ke kalau aku terasa," katanya lagi mengakhiri luahan tersebut.

Artikel Lain