suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Cemas! Khemah terbang ditiup ribut, aksi pemandu undur kereta selamatkan diri raih perhatian

Detik cemas ketika kereta terpaksa mengundur pantas bagi mengelak khemah yang diterbangkan angin kuat.

SEBUAH kereta dilihat mengundur secara tiba-tiba bagi mengelak khemah yang diterbangkan angin ketika ribut kuat melanda dipercayai berlaku di Bandar Baru Salak Tinggi (BBST), Sepang, Selangor pada petang Khamis.

Tindakan pantas pemandu itu mencuri perhatian selepas rakaman [Tonton Video] kejadian berkenaan tular di media sosial.

Menerusi video tersebut, kereta berwarna hitam itu dilihat sedang melalui jalan raya sebelum pemandunya segera mengundurkan kenderaan apabila sebuah khemah bergerak ke arahnya akibat tiupan angin kencang.

Kejadian dipercayai berlaku ketika hujan lebat melanda kawasan berkenaan sehingga menyebabkan jarak penglihatan menjadi terhad.

Perkongsian itu turut disertakan dengan kapsyen ringkas yang menggambarkan keadaan ribut di BBST.

"Laju betul kereta itu mengundur. Ribut di BBST," tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan pantas pemandu berkenaan yang berjaya mengelak khemah tersebut.

Ada juga yang bersyukur kerana tiada kenderaan lain berada di belakang kereta terbabit ketika pemandunya mengundur secara mengejut.

"Syukur tak ada kereta di belakang. Kalau tak, kesian juga sebab nak elak kanopi itu.

"Betapa gelabahnya kalau aku dalam kereta itu, dengan anak-anak di dalam lagi. Takut jadi apa-apa,” komen sebahagian pengguna di Threads.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa kawasan di Puncak Alam, Selangor turut dilaporkan mengalami banjir kilat pada petang Khamis susulan hujan lebat berterusan sehingga menyebabkan beberapa laluan dinaiki air.

Antara kawasan terjejas termasuk sekitar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, Alam Suria dan Saujana Utama, Sungai Buloh.

Kejadian sama turut dilaporkan berlaku di Jalan Meru menghala ke Puncak Alam, berhampiran simpang Kampung Bukit Cerakah.

Menurut ramalan cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Khamis, ribut petir dijangka berlaku di kebanyakan kawasan di Selangor pada sebelah petang dan malam, termasuk daerah Kuala Selangor.

Setakat ini, jumlah penduduk terjejas, keadaan laluan serta sebarang kejadian kecemasan susulan banjir kilat berkenaan masih belum disahkan pihak berkuasa.

Artikel Lain