SEORANG guru wanita ditemukan maut dalam keadaan berlumuran darah selepas dipercayai ditikam oleh bekas kekasihnya dalam satu kejadian tragis pada Khamis.Mangsa yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah rendah itu dibunuh dalam kejadian di daerah Dumai Selatan, Kota Dumai, Riau, Indonesia. Ketua Polis Dumai, AKBP Angga Febrian Herlambang berkata, suspek sudah ditahan di daerah Rokan Hilir dan kini direman di ibu pejabat polis (IPD) Dumai.Menurutnya, mangsa dipercayai dibunuh menggunakan pisau dengan motif cemburu selepas suspek mengetahui wanita itu menjalin hubungan dengan lelaki lain.Siasatan awal mendapati, mangsa meminta teman lelaki baharu itu datang ke rumah sewanya kerana suspek dikatakan akan datang menemuinya.Sekitar pukul 5.10 petang, lelaki tersebut tiba ketika mangsa sedang bersiap untuk keluar bersamanya bagi menganalisis keputusan peperiksaan murid.Mangsa kemudian masuk ke bilik mandi manakala lelaki itu menunggu di ruang tamu.Tidak lama kemudian, suspek datang dan bertanya mengenai hubungan lelaki tersebut dengan mangsa.Selepas dimaklumkan mereka sedang bercinta, suspek tidak dapat menerima kenyataan dan mendakwa dirinya masih mempunyai hubungan dengan mangsa.Mangsa kemudian keluar dari bilik mandi dan menjelaskan perkara itu sebelum meminta suspek pulang.Keesokan paginya, teman lelaki wanita itu datang semula ke rumah mangsa untuk memeriksa keadaan mangsa sebelum ke sekolah.Namun sekitar pukul 8.37 pagi, mangsa ditemukan sudah meninggal dunia dengan kesan tikaman.Lelaki tersebut kemudian membuat laporan polis sebelum suspek berjaya ditahan tidak lama selepas itu.Siasatan polis mendapati suspek mengaku melakukan perbuatan jenayah tersebut. -Agensi