SEORANG tukang urut wanita diarah membayar pampasan sebanyak €1,000 (RM4,630) kepada seorang pelanggan lelaki selepas dia didakwa melakukan serangan seksual dengan memberikan 'perkhidmatan istimewa' tanpa keizinan.Mangsa dikenali sebagai Ben, 26, yang bekerja sebagai jurutera perisian membuat laporan polis dua hari selepas kejadian itu dan mendakwa ia berlaku di sebuah pusat urutan di Osloer Straße, Berlin, Jerman. Tukang urut wanita warga Thailand itu pula dikenal pasti sebagai Sukanya yang berusia 53 tahun.Menurut Ben, dia menempah urutan belakang melalui telefon dan hadir ke kedai itu bersendirian.Tambah Ben, dia dibawa ke bilik urut sebelum diminta menanggalkan seluarnya. Dia mendapati permintaan itu agak luar biasa, tetapi menganggap ia bertujuan mengelakkan minyak daripada terkena pakaian.ARTIKEL BERKAITAN: “Dia ramas dada suami saya!” - Tukang urut makin tak selamat, pelanggan lelaki nak bayar lebih untuk pegang ‘adik’ dalam seluarMenurut Ben lagi, Sukanya pada awalnya melakukan urutan belakang seperti yang diminta sebelum dia menggerakkan tangannya ke peha, punggung dan alat sulit Ben.Ben berkata Sukanya turut meminta dia berbaring sebelum menyentuh alat sulitnya dua kali.Sukanya turut membuat isyarat dengan menggunakan mulut seolah-olah bertanya sekiranya Ben mahu mendapatkan 'perkhidmatan istimewa.' Ben berkata dia tidak setuju, namun tidak berani untuk menghentikan atau menegur perbuatan Sukanya ketika berada di premis itu.Semasa prosiding mahkamah, Sukanya berkata dia percaya pelanggan itu mahukan urutan erotik. Dia memohon maaf secara peribadi kepada Ben dan kedua-dua pihak mencapai persetujuan. Mahkamah memerintahkannya Sukanya membayar pampasan tersebut dalam tempoh enam bulan. -Agensi.