suria

“Dia ramas dada suami saya!” - Tukang urut makin tak selamat, pelanggan lelaki nak bayar lebih untuk pegang ‘adik’ dalam seluar

Ramai pelanggan mencari tukang urut untuk melegakan lenguh-lenguh badan. -Gambar hiasan AI

TUKANG urut berisiko menjadi mangsa gangguan seksual apabila segelintir pelanggan gagal mengawal nafsu ketika sesi urutan.

Di Thread, seorang wanita mendakwa suaminya diminta melakukan perbuatan tidak senonoh ketika mengurut seorang pelanggan lelaki.

"Laki aku ni sport massage therapist. Dia buat urutan rumah ke rumah. Tadi lepas siap urut, client dia tanya boleh pegang kemaluan tak? 

Pelanggan perlu menghormati tukang urut dan menjaga batas ketika sesi urutan. -Gambar hiasan AI

"Pelanggan tu nak bayar. Laki aku terkedu weh! Lalu dia kata tak buat benda macam ni. Padahal client tu dah kahwin dan ada anak.

"Kesian isteri client tu. Lelaki sama lelaki pun dah tak selamat ya sekarang," tulis wanita berkenaan.

Menurut wanita itu lagi, dia juga sentiasa berdoa agar suaminya tidak diganggu dengan perkara sebegitu setiap kali keluar mencari rezeki di rumah atau lokasi yang disediakan pelanggan.

  • Wanita kongsi pengalaman suaminya yang bekerja sebagai tukang urut.
  • Dia mendakwa suaminya diganggu oleh seorang pelanggan lelaki.
  • Suaminya ditawarkan wang untuk melakukan perkara tidak senonoh.
  • Beberapa tukang urut turut kongsi pengalaman mereka di ruangan komen.

"Setiap kali dia ada client, mesti saya doakan dia dijauhkan daripada benda macam ni. Kadang pelanggan ni, masa pertama kali urut tiada simptom (gatal) ni.

"Bila repeat urut kali kedua, barulah mula keluar perangai syaitan mereka," tulisnya lagi.

Di ruangan komen, beberapa tukang urut turut berkongsi pengalaman mereka yang diganggu oleh pelanggan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak kerap minta urut badan tiap kali datang bulan, adik lelaki mula tak senang duduk - “Kalau nak dibelai, pergilah spa!”

ARTIKEL BERKAITAN: Tukang urut tradisional amal sejak usia belasan tahun… Hasilnya memang luar biasa, kekal awet muda!

"Pernah kena juga. Awal-awal lagi pelanggan chat dah minta tolong pancutkan. Sedangkan gambar WhatsApp dia ada anak bini.

"Saya pun buat sport massage. Memang kena maklumkan awal-awal kepada pelanggan yang kita tak buat urutan pelik-pelik macam ni.

"Hari tu suami saya pergi urut customer. Customer tanya suami saya buat badan ke? Lepas tu, dia ramas dada suami saya," tulis netizen.

Artikel Lain