Sikap saling membantu akan membina kekuatan hubungan serta meringankan beban pasangan. -Gambar hiasan AI
HARAPAN seorang wanita untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada teman lelakinya ketika keluarga dihimpit masalah berakhir dengan kekecewaan.Menurut wanita terbabit, dia sendiri tidak pernah berkira dan kerap meminjamkan wang kepada teman lelaki walaupun tidak pernah mendapat bayaran balik. Namun apabila tiba saat dia pula benar-benar memerlukan, wanita itu mendakwa teman lelakinya yang berusia 26 tahun memberikan pelbagai alasan untuk tidak meminjamkan wang.Bebanan hutang menjadi punca seseorang individu hidup dalam tekanan. -Gambar hiasan AI"Dia ada banyak duit dalam simpanan Tabung Haji (TH), nak dekat RM100,000. Saya cuba minta RM5,000. Tapi tak mengapa kerana saya ada simpanan RM2,000. Saya pun cuba minta RM3,000."Tapi dia bagi macam-macam alasan. Katanya mak dia pegang buku simpanan TH sejak sekolah rendah, jadi dia bagi alasan kena minta kebenaran mak. Saya cadang suruh berbincang dengan mak."Saya nak pakai segera dan cuma harapkan orang yang saya sayang. Tak banyak pun tak apa sebab saya ada simpanan cuma tak cukup," katanya.Keadaan itu membuatkan wanita tersebut menangis kerana berasa sedih dan kecewa apabila orang yang selama ini dibantu tidak mampu menghulurkan pertolongan ketika dia berada di titik paling rendah.ARTIKEL BERKAITAN:Mak kekasih hantar mesej minta duit, ‘tunggang’ soal rezeki berkat... Lepas letak syarat, kena marah pula!ARTIKEL BERKAITAN:Teman lelaki sindir cara halus, bagi akaun bank lepas dapat tahu awek sedap bercuti... Rupanya kaki pinjam, hutang lama tak bayar!"Selama ni saya belanja dan bagi macam-macam, tak minta balasan pun. Malah duit yang dia pinjam pun tak bayar lagi. Sekarang apabila saya di titik terendah, famili susah, dia tak boleh tolong langsung."Apabila jadi macam ni saya terfikir, mungkin patut putus dengan dia sebab tak boleh tolong famili saya," ujar individu berkenaan.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menasihatinya supaya lebih berhati-hati dalam soal kewangan melibatkan pasangan yang belum mempunyai ikatan sah.Wanita kecewa teman lelaki enggan pinjamkan RM3,000 ketika keluarganya susah.Lelaki beri alasan simpanan Tabung Haji dipegang ibu.Wang yang pernah dipinjam daripadanya juga belum dibayar.Dia menangis dan terfikir untuk putus hubungan.Netizen nasihat tuntut semula duit dan lebih berhati-hati.Ringkasan ini dijana oleh AI"Minta dia bayar balik duit yang dipinjam tu. Kalau dia tak nak bayar, awak boleh failkan dekat mahkamah tuntutan kecil dengan nilai bawah RM5,000."Belajar daripada kesilapan. Selagi belum status suami isteri jangan la bagi pinjam duit dekat pasangan. Kadang orang ni nak pergunakan kita je atas alasan mengarut."Duit dalam TH tu mesti mak dia yang masukkan. Saya tahu sebab saya pernah alami. Ibunya bekerja yang masukkan duit tiap bulan," komen beberapa netizen.