Setiap bapa pasti akan berasa bimbang sekiranya anak menjadi mangsa gangguan seksual. -Gambar hiasan AI
HANTARAN seorang bapa yang mendedahkan sikap miang seorang lelaki bergelar ustaz mendapat perhatian netizen.Dia mendakwa ustaz terbabit cuba mengganggu anak perempuannya yang baru berusia 21 tahun. "Anak perempuan aku baru berusia 21 tahun dan tengah buat internship."Nak dijadikan cerita, ada seorang lelaki ni yang berpangkat ustaz suka mesej dan berkali-kali ajak anak aku keluar malam," luahnya di Thread.Anak merupakan harapan ibu bapa. -Gambar hiasan AILebih mengejutkan apabila dia turut mendakwa individu tersebut secara terang-terangan menyatakan hasrat untuk menyunting anaknya sebagai isteri kedua."Dia pernah nyatakan hasrat nak jadikan anak aku isteri nombor dua."Sorry to say, anak aku tu muda lagi dan belajar pun tak habis lagi... jauh masa depan dia," katanya yang bimbang tentang kehidupan anaknya pada masa akan datang.Mengakui berpengalaman bertemu dengan golongan agamawan yang gemar melayan ramai perempuan, lelaki ini menegaskan bahawa dia akan menjaga anaknya selagi hayat dikandung badan. Bapa dakwa ustaz mesej dan ajak anaknya keluar malam.Anak baru 21 tahun, sedang jalani internship.Ustaz itu siap luah hasrat jadikan isteri kedua.Bapa tegas pertahan masa depan anak, tak percaya pangkat.Netizen sokong, nasihat buat laporan jika gangguan berterusan.Ringkasan ini dijana oleh AIMalah dia turut menyatakan anaknya berhak menentukan urusan jodoh dan masa hadapan sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak."Aku tak akan benarkan ustaz atau apa pun pangkat rosakkan masa depan anak aku, walaupun dia nampak baik."Selagi aku masih bernyawa, aku akan pastikan masa depan anak aku cerah dan bagi yang terbaik untuk dia, biar dia sendiri yang tentukan hala tuju dia."Aku tak percaya langsung dengan pangkat ustaz ni terutama yang jenis suka melayan ramai perempuan. ARTIKEL BERKAITAN: Ujian hari ke-44 perkahwinan.... Duda anak 3 rupanya miang, ‘kantoi’ rancak mesej wanita lain - “Dulu bersungguh nak dekat kita”ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz sekolah ‘himpit’ guru praktikal! Setiap hari bagi bekal makanan, ‘offer’ bayar yuran jamuan... Sangka orang tak tahu status suami orang"Maaf agak kasar, bukan anti tapi atas pengalaman aku sendiri," tambahnya.Rata-rata netizen di ruangan komen menyokong tindakan tegas bapa berkenaan dan memintanya membuat laporan polis sekiranya gangguan masih berterusan.Antara reaksi netizen."Kalau masih kacau anak awak, lapor polis dan cakap gangguan seksual."Tak adanya 'ustaz' nak ajak anak dara orang keluar malam, halang habis-habisan bang."Tak layak panggil ustaz sebab menggatal, nafkah entah cukup ke tidak untuk isteri dan anak-anak tu," demikian reaksi netizen.