suria

Beli rumah untuk 'investment', wanita buntu ibu suruh sewakan murah untuk adik beradik - "Belum tentu mereka ingat jasa kita"

Konflik dengan ahli keluarga boleh berpunca daripada pertikaian kewangan. -Gambar hiasan AI

APA sahaja perkara melibatkan wang berkemungkinan besar akan menjadi punca berlaku ketegangan dalam keluarga.

Seorang wanita sedang berdepan situasi ini apabila ibunya menyarankan supaya rumah yang dibeli disewakan kepada adik beradik.

Lebih membuatkan dia berasa kurang senang apabila dia diminta meletakkan kadar sewa jauh lebih rendah daripada bayaran bulanan kepada bank.

"Aku tak faham apa konsep orang suruh aku sewakan rumah yang aku beli tu jauh beza dari harga sebulan aku bayar sewa. Aku bayar sebulan RM1,400.

Rumah yang dibeli untuk pelaburan sepatutnya menguntungkan pemilik. -Gambar hiasan AI

"Tapi orang suruh aku sewakan ke adik beradik dengan harga RM600 je dengan alasan 'harga adik beradik'. Lepas tu boleh pula bagi alasan.

"Dia cakap biasalah nak ada harta kenalah ada rugi sikit. Entahlah, tak faham aku. Baik aku tak payah beli rumah," ujar wanita itu di Thread.

Menurutnya lagi, tujuan asal dia membeli rumah tersebut adalah untuk dijadikan pelaburan.

Dalam masa sama, dia turut mengakui akan mengelak daripada melibatkan keluarga dalam urusan kewangannya.

ARTIKEL BERKAITAN: 4 anak masuk sekolah, penyewa cuma mampu bayar RM300... ‘Owner‘ terus halal sewa rumah RM1,550 - “Kita mudahkan urusannya”

ARTIKEL BERKAITAN: Menyewa atau beli rumah sendiri, mana lebih praktikal? Ini perkara anda patut tahu sebelum menyesal seumur hidup

Namun kata-kata ibu, serta perasaan simpati melihat adik beradik sukar mendapatkan rumah sewa murah di Kuala Lumpur membuatkan hatinya berbelah bahagi.

"Saya nak elak berurusan mengenai kewangan dengan keluarga tapi sebab kita sendiri kasihan dekat adik beradik.

"Kasihan mereka nak cari rumah sewa yang murah dekat Kuala Lumpur ni, tapi melampau sangat nak murahnya," jelasnya lagi.

Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya menasihatkan dirinya supaya tidak terlalu berlembut dalam hal melibatkan kewangan dan keluarga.

  • Wanita diminta sewakan rumah kepada adik-beradik pada kadar RM600 sedangkan ansuran bank RM1,400.
  • Dia anggap alasan 'perlu rugi sedikit' kerana rumah dibeli untuk pelaburan sebagai tak masuk akal.
  • Dalam masa sama kasihan pada keluarga dan hatinya berbelah bahagi.
  • Kadar sewa itu dianggap tidak munasabah dan membebankan dirinya.
  • Netizen nasihatkan supaya tegas elak masalah kemudian hari.

"Abaikan. Pandai la mereka nak hidup. Melainkan awak sanggup jadi badan kebajikan mereka.

"Jangan terlalu beralah nanti menyesal, kena tegas. Kita berlembut hari ini belum tentu mereka ingat jasa kita. Kalau rumah rosak, belum tentu mereka nak baiki. Jangan aniaya diri.

"Sewa dengan adik beradik ni kalau betul-betul simpati, itulah maharnya. Kalau tengok pendapatannya, kita tak boleh bagi pun sewa sebab akhirnya kita yang akan terperanjat.

"Tak mampu bayar sewa, bil api tertunggak, rumah rosak tak dibaiki dan macam-macam lagi. Jadi baik jangan bagi adik beradik sebab nanti nak halau rasa serba salah," antara komen netizen.

Artikel Lain