suria

Kerusi roda tak bergerak, pesakit obesiti suruh jururawat lebihkan nasi... Baru ada tenaga nak kerja! - “Kita pula disuruh makan banyak”

Petugas kesihatan sentiasa memberikan usaha terbaik walaupun berdepan kesukaran ketika merawat pesakit. -Gambar hiasan AI

INDIVIDU bertubuh besar bukan sahaja mudah dijangkiti penyakit, malah boleh menjadi beban kepada orang lain ketika situasi kecemasan.

Di Thread, seorang jururawat mendedahkan dia berdepan kesukaran ketika menguruskan seorang wanita hamil yang memiliki berat badan lebih 100 kilogram (kg).

"Tolak seorang pesakit masuk dewan bersalin. Masa nak tolak dia, kerusi roda tak bergerak. Hospital kerajaan barang-barang banyak yang dah uzur.

Jururawat merupakan pekerjaan mulia yang banyak berjasa kepada masyarakat. -Gambar hiasan AI

"Ingatkan (kerusi roda) dalam keadaan lock, rupanya tidak. Saya tanya berat pesakit. Dia kata 105 kg. Kalau tak mengandung, dia kata berat 100 kg.

"Lepas tu dia suruh saya makan nasi banyak-banyak, nanti barulah larat tolak pesakit macam dia. Alamak, kita pula disuruh makan banyak," kongsinya.

Hantaran itu dihujani dengan pelbagai komen netizen khususnya golongan ibu yang pernah berisi ketika hamil.

  • Jururawat kongsi cerita tentang pesakit wanita memiliki berat badan lebih 100 kg.
  • Dia berdepan kesukaran ketika mahu menolak pesakit itu menggunakan kerusi roda.
  • Wanita itu pula meminta jururawat makan lebih banyak supaya bertenaga untuk menolak pesakit.
  • Petugas kesihatan yang lain turut berkongsi pengalaman mereka di ruangan komen.

Malah, netizen turut menzahirkan penghargaan buat kakitangan hospital yang sanggup berpenat lelah demi membantu pesakit berbadan besar.

"Masa beranak dulu, berat saya 104 kg. Minta maaf ya nurse, saya menyusahkan kalian. Sekarang dah turun kepada 67 kg.

"Saya mengandung berat 107 kg. Susah nurse nak tolak masuk wad. Saya minta maaf dengan nurse sebab gemuk," tulis beberapa netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Jururawat insaf turuti permintaan terakhir pesakit nazak, ramai minta nak sentuh al-Quran - “Ada yang tak boleh baca”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Jururawat Melayu suap pesakit warga emas India terima pengiktirafan KKM

Beberapa petugas hospital turut berkongsi pengalaman mereka ketika menguruskan pesakit berbadan besar.

"Saya kalau uruskan pesakit obesiti, malam-malam wajib suruh suami urut belakang. Sakit pinggang. Kita pula berat 54 je.

"Bayangkan kalau gemuk dan mengandung. Lepas tu masa bersalin terpaksa bedah. Masa nak pindah katil, ramai kena tolong angkat kau," tulis beberapa individu lagi.

Artikel Lain