suria

[V] Jururawat Melayu suap pesakit warga emas India terima pengiktirafan KKM

Dzulkefly menyampaikan penghargaan kepada jururawat tular itu.

VIDEO tular seorang jururawat Melayu yang menyuapkan makanan kepada pesakit warga emas berbangsa India membuktikan nilai kemanusiaan mengatasi perbezaan agama serta kepercayaan.

Nur Deena Nadzhiefa yang menerima pujian netizen di media sosial turut diberi penghargaan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Dalam hantaran di Facebook, Dzulkefly berkata dia menyampaikan penghargaan itu kepada Deena sewaktu menghadiri perasmian Bangunan Baharu Hospital Seberang Jaya, Butterworth, Pulau Pinang.

"Video tular baru-baru ini benar-benar menjentik hati saya. Sewaktu perasmian Bangunan Baharu Hospital Seberang Jaya, saya bertemu sendiri dengan tuan empunya badan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sebak lihat jururawat suap pesakit - “Ikan tu mungkin dia belek-belek, takut ada tulang”

"Anugerah yang saya sampaikan ini kecil nilainya berbanding nilai ihsan yang Deena tunjukkan. Dia membuktikan ubat paling mujarab di hospital bukan hanya pil atau suntikan, tetapi layanan penuh empati.

"Terima kasih saudari Deena, kerana menghidupkan jiwa ‘Malaysia’ dalam tugas seharian. Semoga menjadi inspirasi buat kita semua," tulis Dzulkefly.

12 Januari lalu, mStar melaporkan sebuah rakaman tular yang memaparkan seorang jururawat wanita sedang menyuap makanan kepada seorang pesakit lelaki mengundang sebak netizen.

Menerusi video [Tonton Video] yang dirakam dalam sebuah wad, jururawat itu dilihat cukup teliti ketika mencubit lauk sebelum ia digaul bersama nasi putih.

Artikel Lain