suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak Bung Moktar menang besar! Kinabatangan kekal kubu kuat BN

Mohd Kurniawan Naim Moktar menang bergaya dengan majoriti besar 14,214 undi.

CALON Barisan Nasional (BN), Mohd Kurniawan Naim Moktar menang bergaya dengan majoriti besar 14,214 undi bagi mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan.

Anak kepada bekas penyandang kerusi berkenaan iaitu Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin memperoleh 19,852 undi menewaskan Datuk Saddi Abdul Rahman (5,638 undi) dan Goldam H Salangah (946 undi).

Kejayaan Mohd Kurniawan Naim, 32, jelas membuktikan Kinabatangan kekal menjadi kubu kuat BN selama enam penggal berturut-turut sejak 1999.

Sementara di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, Mohd Ismail Ayob, 45, memenangi pertandingan satu lawan satu dengan majoriti 5,681 undi selepas meraih 7,269 undi mengatasi calon Parti Warisan, Mazliwati Abdul Malek yang memperoleh 1,588 undi.

‎Keputusan rasmi berkenaan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil (PRK) Kinabatangan, Eddy Syaizul Rizam Abdullah di pusat penjumlahan rasmi di Dewan Sri Lamag.

PRK ini diadakan susulan kematian Bung Moktar Radin yang meninggal dunia pada 5 Disember 2025.

Artikel Lain