suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengendali kren ditemukan maut dalam jentera pada ketinggian 45 meter

Operasi menurunkan mangsa dari ketinggian 45 meter.

SEORANG pengendali kren meninggal dunia ketika berada di dalam jenteranya yang berada pada ketinggian 45 meter (m) dari atas tanah.

Kejadian dilaporkan berlaku pada pagi Jumaat di Taman Seri Austin, Johor.

Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Tebrau, Noor Azhan Ahmad, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.51 pagi.

"Mangsa berusia 33 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di ruang pengendali kren.

"Kami menggunakan peralatan khusus dan pengusung baldi untuk membawa mangsa turun dari kren pada ketinggian 45m," katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, mangsa yang dikenal pasti sebagai Muhamad Aliff Ishak, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan.  -The Star

Artikel Lain