RAKAMAN tular yang memaparkan seorang jururawat wanita sedang menyuap makanan kepada seorang pesakit lelaki mengundang sebak netizen.Menerusi video [Tonton Video] yang dirakam dalam sebuah wad itu, jururawat berkenaan dilihat cukup teliti ketika mencubit lauk sebelum ia digaul bersama nasi putih. Sambil berdiri di tepi katil, jururawat itu dilihat melayan pesakit berkenaan dengan penuh sabar."Tak pakai sudu, guna tangan je suap. Teliti sangat makanan yang dia nak suap."Anak pun belum tentu boleh buat macam tu," tulis kapsyen pada video itu.Hantaran berkenaan turut dihujani dengan pelbagai komen yang rata-ratanya memuji jururawat berkenaan."Semoga Allah membalas keikhlasan dan kebaikan jururawat ini."Nampak jururawat betulkan belakang dia, mungkin kepenatan. Tapi tetaplah dia layan pesakit dengan baik."Ikan tu mungkin dia belek-belek, takut ada tulang. Lepas tu pakai tangan lagi."Jururawat antara pekerjaan yang mulia," tulis beberapa netizen.