suria

Jururawat insaf turuti permintaan terakhir pesakit nazak, ramai minta nak sentuh al-Quran - “Ada yang tak boleh baca”

Al-Quran menjadi penenang bagi orang yang sedang sakit dan sumber kekuatan dalam menghadapi ujian. -Gambar hiasan AI

HOSPITAL bukan sekadar tempat merawat pesakit, tetapi juga menjadi saksi kepada detik-detik terakhir kehidupan manusia yang sarat dengan pengajaran. 

Satu perkongsian mengenai perbualan antara seorang pesakit dengan jururawat di laman Threads mengundang rasa sebak, sekali gus memberi kesedaran tentang keutamaan yang sering dilupakan manusia dalam kesibukan menjalani kehidupan seharian.

Pesakit berkenaan bertanyakan kepada jururawat mengenai pengalaman paling bernilai sepanjang dia berkhidmat di hospital.

Tanpa berselindung, jururawat tersebut menceritakan realiti tugasnya yang setiap hari berdepan dengan pesakit yang menghembuskan nafas terakhir.

Al-Quran bukan sekadar bacaan, tetapi panduan hidup yang tidak wajar ditinggalkan. -Gambar hiasan

Menurut jururawat berkenaan, antara tugas paling berat ialah menguruskan pesakit yang meninggal dunia, bermula daripada membersihkan jasad sehinggalah menguruskan jenazah sebelum dikebumikan.

Namun, apa yang paling meninggalkan kesan di hatinya adalah saat-saat terakhir pesakit sebelum dijemput Ilahi di mana ramai yang meminta untuk menyentuh kitab suci al-Quran.

"Ada yang tak boleh baca, suruh kami bacakan. Ada yang tak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca, Allah telah ambil nyawa mereka," kata jururawat itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita insaf lihat jenazah 150 kg dibawa turun ke liang lahad guna jengkaut - “10 orang angkat tak lepas”

ARTIKEL BERKAITAN: Perokok insaf lepas 26 hari bertarung sakit dalam wad, saksi budak muda mati akibat vape - “Luaran arwah nampak biasa je”

Tambahnya lagi, sebaik sahaja al-Quran dibacakan, kebanyakan pesakit akan menitiskan air mata, seolah-olah mereka merasai ketenangan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

"Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf dan sedar satu perkara yang sangat penting. 

"Apa yang kita biasa pegang ketika masih sihat, apa yang kita biasa belai ketika gembira dan tak datang sakit... itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat.

"Jika selalu pegang handphone di tangan setiap masa, sibuk dengan gajet dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran?" soalnya, penuh makna.

  • Seorang jururawat berkongsi pengalaman berdepan pesakit meninggal dunia setiap hari, termasuk urusan memandikan dan mengurus jenazah.

  • Ramai pesakit sebelum meninggal meminta untuk pegang atau dibacakan al-Quran.

  • Jururawat menyedari apa yang biasa dipegang ketika hidup itulah yang akan disentuh di akhir hayat.

  • Pesakit menitiskan air mata apabila al-Quran dibacakan kerana tidak mampu membaca sendiri.

  • Perkongsian itu mengundang sebak warganet dan menjadi peringatan tentang kepentingan persediaan rohani.

Dalam perkongsian itu juga, diceritakan tentang seorang pesakit yang tidak dapat menahan sebak lalu menitiskan air mata. 

Dia kemudian meminta jururawat tersebut membacakan al-Quran untuknya kerana tidak mampu membaca sendiri dan mengakui kelemahan dalam tajwid.

Permintaannya disambut dengan senyuman oleh jururawat berkenaan, yang kemudian menunaikan permintaan itu dengan penuh keikhlasan.

Sebahagian daripada komen netizen.

"Hampir sembilan dari 10 pesakit beragama Islam yang berada di katil hospital lazimnya memaparkan wajah penuh kesalan serta menyesal tak ambil peluang untuk baca Quran ketika sihat," katanya.

Perkongsian tersebut ternyata mengundang sebak warga maya yang menyifatkan kisah itu sebagai peringatan tentang kepentingan persediaan rohani dan menghargai setiap detik kehidupan.

"Insaf sangat-sangat... kenapa kita yang lahir muslim selalu tak mendalami al-Quran.

"Al-Quran ini macam surat cinta. Kalau hari-hari kita baca makin kita sayang. Kalau kita tinggal walaupun sehari kita rindu," antara komen netizen.

Artikel Lain

Ibu Ziana, Anuar Zain meninggal dunia