suria

Jurujual 'diserang' pelanggan tak mampu bayar ansuran kereta, sebelum beli rayu luluskan 'loan' - "Dah cakap pilih Saga je"

Ada individu tidak berkemampuan tetapi beli kereta mahal demi kepuasan diri. -Gambar hiasan AI

KEINGINAN membuak-buak untuk memiliki kereta idaman membuatkan ada individu sanggup melakukan apa sahaja agar permohonan pinjaman mereka diluluskan.

Seorang jurujual kenderaan berkongsi pengalaman berdepan golongan seperti itu yang membuatkan dirinya sentiasa berada dalam dilema.

Katanya, pelanggan dalam kelompok itu akan merayu walaupun hakikatnya kewangan mereka tidak mengizinkan.

Memiliki kereta yang selesa idaman setiap keluarga. -Gambar hiasan AIMemiliki kereta yang selesa idaman setiap keluarga. -Gambar hiasan AI

"Gaji sekitar RM2,300 tapi beria-ia mohon pembiayaan penuh Proton S70. Saya dah cakap pilih Saga atau Persona je.

"Dia cakap boleh bayar sebab ada pendapatan tambahan lain, jadi kita pun proceed," kongsi jurujual wanita tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pak haji sekeluarga hilang bersama kereta 'test drive'! Jurujual berjaya jejak rumah, terkejut lihat apa berlaku

ARTIKEL BERKAITAN: Jurujual kereta kaki kelentong! Janji banyak hadiah akhirnya bagi payung, petrol untuk 2km... Suruh pembeli bersyukur

Tambahnya lagi, walaupun berdepan sedikit isu dokumentasi termasuk caruman Kumpulan Wang Simpnanan Pekerja (KWSP) yang tidak konsisten, permohonan pinjaman akhirnya diluluskan.

"Lepas enam bulan dia datang balik salahkan saya sebab tak boleh bayar kereta. Cakap saya yang proceed loan dia.

"Dia kata sepatutnya akak jangan layan saya masa tu. Dia yang memaksa, call banyak kali sampai kita rimas dan sekarang nak salahkan orang," katanya.

  • Jurujual kereta kongsi pengalaman pelanggan memaksa mohon pinjaman walaupun tidak layak.
  • Bergaji RM2,300, pelanggan tetap mahu full loan Proton S70.
  • Permohonan akhirnya diluluskan walaupun ada isu dokumentasi.
  • Enam bulan kemudian, pelanggan gagal bayar dan salahkan jurujual.
  • Netizen tegaskan pembeli perlu tanggung risiko kewangan sendiri.

Perkongsian itu mengundang reaksi netizen yang rata-rata menyifatkan tanggungjawab kewangan perlu ditanggung sepenuhnya oleh pembeli dan bukannya jurujual.

"Ukur baju di badan sendiri. Orang yang mampu pun hold dulu nak tukar kereta, sebab ekonomi tengah tak stabil sekarang.

"Orang lain pakai sebab mampu, dia pakai sebab nak menunjuk. Hujungnya senak nak membayar," antara komen warga maya.

 

Artikel Lain