suria

Jurujual kereta kaki kelentong! Janji banyak hadiah akhirnya bagi payung, petrol untuk 2km... Suruh pembeli bersyukur

Jurujual kereta perlu jujur dan memberi khidmat nasihat kepada pembeli. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki meluahkan rasa kecewa selepas mengalami pengalaman kurang menyenangkan ketika membeli sebuah kereta daripada seorang penasihat jualan di Selayang, Selangor.

Menurutnya, di peringkat awal urusan pembelian, penjual berkenaan sangat bersemangat membantu serta menjanjikan pelbagai tawaran menarik termasuk hadiah percuma. 

Namun selepas pinjaman diluluskan, sikapnya berubah apabila dia tidak melayan sebarang pertanyaannya.

Membeli kereta adalah idaman setiap individu yang baru memulakan kerjaya. -Gambar hiasan AIMembeli kereta adalah idaman setiap individu yang baru memulakan kerjaya. -Gambar hiasan AI

"Bila dah selesai, diam terus tanpa beri panduan apa-apa. WhatsApp pun tak balas, bila nak ambil kereta dia pass kepada orang lain.

"Alasannya dia sibuk, sampai staf yang pass kereta tu pun macam bengang kenapa dia kena handle," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Honda tak terbayar, minta X50 pula! Isteri sedih terbaca mesej mentua 'selfish', mana suami nak 'cekau' duit?

ARTIKEL BERKAITAN: Anak ‘fresh grad’ rancang beli kereta, mak ayah nampak peluang kaut rebat tunai RM4,000! Tergamak minta penasihat jualan rahsiakan

Lebih mengecewakan, pelbagai hadiah percuma yang dijanjikan hanya tinggal janji dan dia akhirnya hanya menerima payung.

"Bila WhatsApp tanya, tiga hari baru balas itu pun dia balas bersyukur dapat dari tak dapat. Paling tak boleh brain (diterima akal)kereta masa ambil minyak tinggal dua kilometer je.

"Lepas tu tayar ada defect sikit, bila tanya dia, dia cakap bukan urusan dia, kena call centre, bila call centre dia minta penjual bertanggugjawab, malas nak pening, kita tukar sendiri," katanya.

  • Lelaki kecewa penjual kereta berubah sikap selepas pinjaman diluluskan.
  • Janji pelbagai hadiah percuma, akhirnya hanya dapat payung.
  • Penjual tidak balas mesej dan lepaskan tugas kepada staf lain.
  • Pembeli terpaksa baiki sendiri tayar rosak dan cari panduan daripada jurujual lain.
  • Netizen turut kongsi pengalaman sama dengan penjual tidak bertanggungjawab.

Lelaki itu mengakui terpaksa mendapatkan bantuan daripada penasihat jualan lain untuk memahami fungsi asas kereta yang baru dibelinya.

Katanya, tujuan dia membuat perkongsian kerana mahu memberi peringatan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika berurusan dengan ejen jualan kenderaan agar tidak mengalami nasib sama seperti dirinya.

Urusan membeli kereta memerlukan individu membuat pinjaman bank. -Gambar hiasan AIKebanyakan individu membeli kereta dengan membuat pinjaman bank. -Gambar hiasan AI

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang turut mendakwa pernah mengalami nasib yang sama apabila tidak lagi dilayan penjual selepas urusan pinjaman diluluskan.

"Nak husnuzon tapi macam sama je situasi kita. Dia janji nak bagi duit minyak dan voucher tinted tapi sampai kesudah tak dapat. WhatsApp pun dua hari baru balas," katanya.

 

Artikel Lain