HANTARAN merupakan pemberian hadiah berbentuk wang tunai kepada bakal isteri untuk digunakan sebagai persediaan menjelang hari bahagia.
Menerusi satu perkongsian di media sosial, seorang wanita berkata hatinya berbunga-bunga apabila dijanjikan wang hantaran sebanyak RM15,000 daripada pasangannya sebagai tanda kasih sebelum memulakan kehidupan bersama.
Namun, kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila keluarga mentua dikatakan tidak bersetuju untuk menyerahkan wang berkenaan susulan majlis perkahwinan tidak dapat dianjurkan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020.

Wang hantaran diberikan sebagai tanda penghargaan kepada pasangan. -Gambar hiasan
"Ikutkan masa aku kahwin dulu ada duit hantaran. Suami aku nak bagi RM15,000 tapi disebabkan PKP, keluarga dia tak setuju.
"Duit hadiah daripada suami untuk tujuan majlis dan kehidupan lepas berkahwin yang berjumlah RM30,000 lesap macam tu je," dedahnya di Thread mengimbas kisah lama.
Menurut wanita ini, dia hanya mengetahui perkara sebenar selepas bapa mentuanya terlepas cakap tentang hal berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Wang hantaran RM15,000 dah ‘cekau’, tiba-tiba pihak perempuan minta tambahan lagi RM8,000! Tak cukup duit buat kenduri
ARTIKEL BERKAITAN: Demi tebus barang kemas di kedai pajak, bakal mentua ‘cekau’ RM8,000 wang hantaran anak… Pemuda terus bersemuka!
"Allah nak tunjuk, duit tu mak dan ayah dia guna untuk bina rumah mereka, macam-macam dibuatnya.
"Aku tak tahu sampailah 'kantoi busuk' macam tu je daripada mulut ayah dia.
"Tapi kita orang kahwin je berbekalkan lebihan duit tabung yang tak sampai RM1,000," luahnya yang terkilan dengan situasi berlaku.
- Wanita kongsi kisah wang hantaran RM15,000 ‘ghaib’ selepas keluarga mentua tak setuju buat majlis kahwin waktu PKP.
- Dakwa duit suami berjumlah RM30,000 termasuk simpanan digunakan ibu bapa mentua bina rumah.
- Hanya tahu perkara sebenar selepas ayah mentua ‘terlepas cakap’.
- Katanya suami terus jadi ‘mesin ATM’ untuk keluarga sendiri.
- Netizen simpati, doakan rezeki pasangan itu digantikan dan nasihat tuntut hak sewajarnya.
Dedah wanita ini lagi, keluarga mentuanya bebas menggunakan duit tersebut disebabkan suaminya memasukkan semua simpanan ke akaun ibunya.
Lebih merunsingkan apabila suaminya berterusan menjadi 'mesin ATM' (mesin pengeluaran wang automatik) keluarganya.
"Mereka minta kat suami aku kalau tak cukup untuk bina rumah mereka.

Antara reaksi netizen.
"Memang betul tak boleh ada majlis masa PKP tapi kenapa mereka tak fikir duit tu sangat berguna untuk kehidupan anak-anak?" soalnya, hampa.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib dia dan suami.
"Terus berdoa ya awak, jika ada hak awak dalam duit yang digunakan itu, semoga Allah pulangkan semula kepada awak dan suami.
"Kesiannya awak... saya pula suami bagi RM10,000 tapi dari 'A to Z' kami berdua yang uruskan.
"Sepatutnya minta mas kahwin RM15,000 tu sebagai ganti hantaran," demikian antara reaksi netizen.


